13 Tempat Makan Malam Best di Johor Bahru, Johor | Johor Bahru adalah ibu kota bagi negeri Johor dan kota kedua terbesar di Malaysia setelah Kuala Lumpur. Johor Bahru bukanlah sebuah bandar yang asing lagi kerana perkembangan ekonomi dan infrastruktur yang semakin berkembang pesat. Bukan itu sahaja, bandar ini juga kaya dengan tempat makan best yang perlu cuba.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Johor Bahru, Johor ini.

 

1. ZZ SUP TULANG RESTAURANT, KAMPUNG BAHRU, JOHOR – MAKAN MALAM

Korang penggemar sup tulang? ZZ Sup Tulang Restaurant, Kampung Bahru adalah tempat yang sesuai untuk korang. Kalau korang nak tahu, ZZ Sup Tulang Restaurant ini adalah sebuah restoran yang cukup popular dalam kalangan penduduk Johor Bahru. Dikatakan Sup Tulang disini sangatlah sedap sehingga membuatkan korang terngiang-ngiang akan kesedapannya. Supnya sangatlah berperisa, daging yang lembut untuk dikunyah dan sumsum tulang yang memukau. Memang padulah orang kata. Bukan setakat padu, harga yang ditawarkan disini sangatlah berpatutan. Memang sesuai makan bersama seisi keluarga atau rakan-rakan korang. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi restoran ini di 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor dan dibuka setiap hari pada 7 pagi hingga 12 tengah malam dan Jumaat dibuka pada 2 petang. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-10567209.

 

2. RESTORAN KACANG POOL HAJI – MAKAN MALAM

Kalau korang inginkan makan malam yang ringan, korang boleh ke Restoran Kacang Pool Haji. Restoran Kacang Pool Haji ini bukanlah sebuah restoran yang asing lagi kerana popular dengan hidangan Kacang Pool. Rata-rata pelanggan disini adalah penduduk setempat. Kalau korang ada dekat sini, korang kena cuba menu legendary mereka iaitu Kacang Pool dengan Nasi Ambeng. Korang mesti akan repeat punyalah. Tak percaya? Korang boleh cuba rasai sendiri pengalamannya. Korang pasti takkan menyesal punya.

Lokasi Restoran Kacang Pool Haji ini di Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor dan dibuka setiap hari pada 7 pagi hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-7377997.

 

3. JBORN CAFE & BISTRO – KG MELAYU – MAKAN MALAM

Tiba-tiba tekak rasa nak makan makanan Western? Jangan risau, korang boleh ke JBorn Cafe & Bistro. Apa yang menarik dekat sini adalah mereka ada menyediakan banyak jenis hidangan yang korang boleh pilih. Antaranya ialah Mushroom Soup, Grilled Chicken Chop, Spaghetti Chicken Carbonara dan banyak lagi. Korang pasti akan puas hati punya kerana suasana, perkhidmatan, harga dan portion yang ditawarkan sangat lah tiptop. Memang sesuailah makan bersama seisi keluarga atau rakan-rakan.

Lokasi JBorn ini di 150, Jalan Tebrau Lama, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor dan dibuka setiap hari pada 12 tengah hari hingga 2 pagi dan Jumaat pada 4 petang hingga 11:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel:  019-9887982.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/jborncafebistrokgmelayu/

 

4.  BUBUR NASI ISTIMEWA NO 1 – MAKAN MALAM

Korang craving nak makan Bubur Nasi tapi tak tahu dekat mana yang best? Korang boleh ke Bubur Nasi Istimewa No 1. Walaupun gerai ini kelihatan biasa tapi siapa sangka sebenarnya luar biasa! Dikatakan bubur disini sangat lah sedap, ditambah pula dengan sambal kupang dan sambal lala.  Satu kombinasi yang padu! Dahlah sedap, harga pun berpatutan. Bagi yang nak melepak bersama kawan korang, gerai ini sesuai untuk korang.

Lokasi ini di 7Eleven, Stall (Depan, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 5 petang hingga 2 pagi. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-7169699.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/FamilyBNINO1/

 

5. ASHHRYSHOSHEDAP – MAKAN MALAM

Kalau korang ada di Johor Bahru ini, korang wajib makan di Ashhryshoshedap ini. Restoran adalah sebuah restoran yang sangat popular di Johor Bahru ini. Dekat sini, mereka ada menyediakan pelbagai jenis hidangan yang boleh buatkan korang rambang mata! Antara menu yang korang boleh cuba ialah Nasi Daging Harimau Menangis, Salted Egg Chicken Wings, Butter Chicken, Talapia Goreng, Creamy Butter Clam with Mantao Bun dan banyak lagi. Korang pasti akan menjilat jari kesedapan punyalah. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi restoran ini di NO 24, Nongchik Riverside, Jalan Kolam Ayer, 80200 Johor Bahru, Johor dan dibuka setiap hari pada 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 07-2071939.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Ashhryshoshedap/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/ashhryshoshedap/

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@ashhryshoshedap

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Johor Bahru ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Johor Bahru ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply