STR Bujang: Jumlah Bantuan Tunai Rahmah 2024 | Bantuan STR Bujang ini soalan yang sering ditanya adalah jumlah yang akan diperoleh dan bilakah tarikh bayaran bantuan ini. Pada tahun – tahun yang lalu, pembayaran bagi program bantuan tunai dilaksana selama 4 kali setahun.
Berita baik buat golongan bujang, anda kini boleh membuat semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah(STR) Bujang bagi tahun 2024 ini.
Anda sudah buat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai kerajaan?
Rujuk info – info di bawah untuk ketahui lebih lanjut tentang bantuan STR Bujang 2024 dan tarikh pembayaran ke akaun penerima.
Apakah itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
Str adalah satu program di bawah konsep Payung Rahmah yang punyai tujuan untuk bantu orang yang kurang bernasib baik dalam hadapi cabaran kos sara hidup.
Bagi tahun 2024, Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim umum bahawa peruntukan bagi STR akan dinaikkan sekitar RM2 bilion menjadi RM10 bilion berbanding hanya RM8 billion pada tahun 2023.
Selain itu, kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih yang terima sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula Januari 2024.
Jumlah yang miliki sedikit peningkatan dari jumlah RM3100 yang diberi pada tahun 2023.
Syarat Kelayakan STR Bujang
Pemohon bujang layak menerima STR jika ianya penuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i) Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak punyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk masuk ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Jumlah Bayaran STR 2024 Fasa 1 Bagi Kategori Bujang
Jumlah bayaran bantuan tunai ini bagi penerima berstatus bujang yang layak adalah : RM350.
Untuk makluman anda juga mulai tahun 2024, penerima STR Bujang yang layak akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Kategori Penerima | Pendapatan | Bilangan Anak | Jumlah STR (RM) | Jumlah SARA (RM) | Jumlah Keseluruhan (RM) |
---|---|---|---|---|---|
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | 0 | 1,000 | 1,200 | 2,200 |
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | 1-2 | 1,500 | 1,200 | 2,700 |
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | 3-4 | 2,000 | 1,200 | 3,200 |
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | ≥ 5 | 2,500 | 1,200 | 3,700 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | 0 | 500 | 300 | 800 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | 1-2 | 750 | 300 | 1,050 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | 3-4 | 1,000 | 300 | 1,300 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | ≥ 5 | 1,250 | 300 | 1,550 |
Warga Emas Sebatang Kara | ≤ RM5,000 | – | 600 | 150 | 750 |
Bujang (21-59 tahun) | – | – | 350 | 150 | 500 |
Bujang OKU (19-59 tahun) | – | – | 350 | 150 | 500 |
NOTA:
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
- Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
Ketahui lebih lanjut cara semak status SARA 2024, jumlah kelayakan dan pengkreditan bantuan melalui MyKasih.
Tarikh Bayaran STR Bujang 2024
Penerima bantuan tunai 2023 bagi kategori bujang akan menerima bayaran dalam fasa berikut:
- Fasa 1 (29 Januari 2024)
- Fasa 2 (April 2024)
- Fasa 3 (Ogos 2024)
- Fasa 4 (November 2024)
Harap maklum bahawa tarikh ini bagi pembayaran STR Bujang 2024 bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 ini juga tertakluk pada perubahan semasa.
Semakan Status / Kelayakan
Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
- Layari Portal STR 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
- Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.
Contoh status LULUS akan tertera seperti paparan di bawah:
Contoh status permohonan masih DALAM PROSES :
Cara Permohonan
Pendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masih dibuka.
Muat turun manual Panduan Pengguna Permohonan Baharu Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023) Di Sini.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024 : PEMOHON YANG PERLU MEMBUAT KEMAS KINI PERMOHONAN STR
Sumber: eCentral