13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Bayan Lepas Pulau Pinang | Pulau Pinang telah tersenarai di dalam majalah pelancongan USA, Conde Nast Traveller sebagai lokasi kedua terbaik di dunia untuk anda lawati. Daya tarikan di Pulau Pinang ini memang tidak dapat disangkal lagi.
Dari street food yang menggegarkan deria rasa hingga lah ke street art yang terkenal di seluruh dunia, Penang bukan lokasi pelancongan yang mudah untuk kita lupakan. Sekiranya anda berniat untuk ke Penang, apa kata jika anda jadikan Bayan Lepas sebagai tempat penginapan. Penginapan-penginapan ini disedia dengan harga yang berpatutan. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. U Hotel Penang
U Hotel Penang menyediakan 128 buah bilik yang dihias dengan penuh gaya menggabungkan tema industrial dan retro. Keselesaan bilik ini juga agak luar dari batasan kerana turut disedia bantal empuk ekstra untuk para penginap. Bukan sahaja cantik di mata, kebersihan? Mantap.
2. Century Bay Private Residences
Century Bay Private Residences miliki tempat jenis apartment 2 bilik tidur, apartment dengan sebuah bilik tidur dan juga apartment 3 buah bilik tidur yang mampu tampung dari 2 ke 5 orang penginap. Menariknya lagi, setiap katil empuk di dalam bilik ini disedia dengan bantal yang banyak, tidur macam bayilah anda di sini ya.
3. Roma 88
Roma 88 menyediakan ruang balkoni untuk anda nikmati pemandangan yang menyejukkan mata dan juga sebuah taman. Bilik-bilik di sini pula lengkap dengan segala jenis kemudahan yang penting untuk keselesaan anda. Memiliki restoran yang menyediakan makanan masakan Asia, India dan juga Austria.
4. S Suite Penang
S Suite Penang adalah penginapan jenis apartment yang mampu tampung 7 orang penginap dengan 2 buah bilik tidur dan sebuah dapur yang lengkap dengan tempat memasak. Tapi jika anda tidak berasa untuk masak, tingkat bawah apartment ini sebenarnya ada banyak juga restoran untuk dicuba.
5. Moderm Spacious Apartment @ Penang
Apartment yang dapat menampung 6 orang penginap ini miliki 3 buah bilik tidur yang semuanya lengkap dengan penyaman udara, sebuah ruang tamu yang luas dengan ruang makan serta dapur yang lengkap. Kalau malas nak berpagi-pagian makan di kedai, masak sahaja di dapur yang disediakan ini. Dapat jimat bajet anda.
6. TH Hotel Penang
TH Hotel Penang adalah sebuah hotel 3 bintang yang menawarkan 134 buah bilik yang dihias dengan simple menggunakan warna – warna lembut dan natural untuk mewujudkan suasana selesa selain diterangi cahaya malap untuk memudahkan anda dapat tidur nyenyak setelah kepenatan.
7. Platinum 3
![](https://khalifahmedianetworks.com/wp-content/uploads/2024/01/GMS2381_108ND300_20130627.jpg)
Berdekorasi moden dan hipster, jika anda berjiwa urban, Platinum 3 adalah salah satu penginapan yang patut pertimbangkan di Bayan Lepas. Penginapan apartment dengan 3 buah bilik ini boleh disewa secara asing dengan bayaran yang bermula dari RM132 untuk penginapan solo.
8. Southbay Plaza
Southbay Plaza adalah penginapan moden yang miliki dekorasi dalaman yang agak menarik untuk diamati kerana gabungan warna yang begitu senang dipandang mata. Homestay yang dapat tampung dalam 6 orang penginap ini miliki 3 buah bilik tidur, ruang tamu yang luas dan dapur yang lengkap.
9. Olive Tree Hotel Penang
Hotel hijau ini juga turut lengkap dengan banyak jenis fasiliti menarik seperti kolam renang, pusat kecergasan, bilik yoga dan yang penting sekali, wifi yang pantas. hotel ini adalah salah satu dari bangunan yang mesra alam kerana segala aspek mengenai bangunan ini dari pengunaan air, tenaga dan banyak lagi.
10. Summerton Suites
Summerton Suites miliki Homestay jenis Suites yang punyai konsep minimal untuk rekaan dalaman rumah ini. Konsep ini menonjolkan kebersihan homestay ini yang sungguh memuaskan hati. Selain itu, dari ruang penginapan yang selesa ini, anda dapat nikmati pemandangan indah gunung yang mengasyikkan.
11. M Qube Hotel
Penginapan seperti di angkasa lepas, di M Qube Hotel anda dapat nikmati pengalaman penginapan yang lain daripada yang lain. Anda mesti cuba sekali dalam seumur hidup tempat sebegini, kerana bukan sahaja murah namun keselesaannya juga boleh taham cecah hingga ke ruang angkasa.
12. Tree Sparina
Apartment dengan 3 buah bilik ini dihias dengan minimal namun lengkap dengan banyak jenis kemudahan untuk keselesaan penginapan buat masa yang lama. Sebuah penginapan yang cukup luas, jika anda datang bercuti bersama keluarga besar ke Penang, mai datang ke Tree Sparina.
13. Sea View Resort
![](https://khalifahmedianetworks.com/wp-content/uploads/2024/01/Deluxe-Twin.jpg)
Inginkan penginapan yang punyai aura alam semula jadi yang menenangkan fikiran? Sea View Resort adalah salah satu penginapan yang boleh dipertimbangkan. Perabot yang digunakan di dalam penginapan ini cukup moden dan sejuk dipandang mata kerana gabungan warna natural yang digunakan di setiap pelusuk resort.
Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Bayan Lepas ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan yang menarik di Bayan Lepas ini henti di sini sahaja sebab banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!