13 Tempat Makan Malam Best di Tampin, Negeri Sembilan | Tampin adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan. Kedudukannya yang berada di tengah tengah jalan antara Kuala Lumpur dan Melaka menjadikannya sebagai lokasi strategik untuk aktiviti perdangan dan juga pelancongan.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Tampin, Negeri Sembilan ini.

 

1. ELL BISTRO – MAKAN MALAM

Inginkan makan malam dengan suasana yang tenang dan cantik? Korang boleh ke Ell Bistro ini. Kalau korang nak tahu, Ell Bistro adalah salah satu restoran makanan Western yang best di Tampin ini. Dekat sini, terdapat pelbagai jenis hidangan yang korang boleh cuba seperti Lamb Chop, Chicken Chop, Chicken Grill, Set Tala dan banyak lagi. Tempat ini amatlah sesuai untuk korang yang ingin makan bersama keluarga atau kawan. Memang berbaloi, portion besar, harga berpatutan, suasana menenangkan dan perkhidmatan pun terbaik. Tak percaya? Korang boleh cuba rasai pengalamannya.

Lokasi Ell Bistro ini di 271, Jln Tampin-Gemas, Kampung Baru, 73000 Tampin, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 5:30 petang hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi:  013-6889877.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ellbistro/

 

2. MAN CORNER – MAKAN MALAM

Korang inginkan makan malam hidangan tempatan? Korang boleh ke Man Corner ini. Man Corner adalah sebuah restoran dimana mereka menghidangkan makan tempatan yang sedap sedap. Pelbagai hidangan yang korang boleh cuba seperti Tom Yam, Telur Dadar, Kailan Ikan Masin, Udang Celup Tepung dan banyak lagi. Memang best dan puas hati lah orang kata. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi ini di Gerai 1, Taman Rekreasi 73000, 73000, 73000 Tampin, Negeri Sembilan dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 06-4410252.

 

3. MAMA NOR TAMPIN (YONG TAU FOO, SEAFOOD, GRILL & WESTERN)

Lapar tapi dilema nak makan apa? Jangan risau, korang boleh ke Mama Nor Tampin ini. Mama Nor Tampin adalah sebuah restoran  Chinese Muslim yang ada di Tampin. Dekat sini, mereka menyediakan banyak jenis hidangan seperti Yong Tau Foo, Seafood & Grill, Ikan Bakar, Roti Canai dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punya kerana harga, portion dan perkhidmatan disini memang tiptop. Bukan tu saja, tempat ini juga sesuai bagi korang yang ingin makan bersama keluarga atau kawan-kawan korang. Memang terbaik!

Lokasi restoran ini di Sebelah Tampin Square, 647, Jalan Besar, Kampung Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 6 pagi hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-2044516.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/mamanoryongtaufoo/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/mamanor2017/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Tampin ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Tampin ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply