Seorang lelaki dipercayai suami kepada ibu muda yang dibantu pendakwah bebas, Ebit Lew baru-baru ini tampil menafikan dakwaan bahawa mereka sudah lama terpisah.
Lelaki tersebut dikenali sebagai Fakhrul berkata, dia dan wanita yang dikenali sebagai Emy itu masih lagi berhubung kerana membesarkan anak bersama-sama.
Bagaimanapun katanya, status rumah tangga mereka masih lagi menunggu keputusan daripada pihak mahkamah.
“Ya Allah Ustaz, salah tu bukan dah lama terpisah. Kami masih baik, masih ‘contact’ sebab sama-sama uruskan anak sekarang.
“Duduk pun dekat-dekat cuma status kami masih dalam proses. Insya Allah esok mahkamah bagi keputusan. Jangan salah faham ya, doakan kami tiga beranak,” katanya di ruangan komen pada hantaran di Instagram Ebit Lew.
Terdahulu, Ebit Lew baru-baru ini tampil membantu Emy, 23, yang dikatakan sudah lama terpisah dengan suaminya dan perlu membesarkan anak dengan cara menjadi penghantar makanan.
Kisah wanita itu menarik perhatian ramai apabila dia gigih menghantar makanan dengan berjalan kaki sambil membawa anak lelakinya.
Sumber: Kosmo
Baca Juga: Impian Ibu Tunggal Sbg Walker Foodpanda Utk Beli Motor Tercapai | Seorang ibu tunggal berumur 23 tahun yang senang disapa sebagai Emi sebak selepas Ebit Lew menghadiahkannya sebuah motosikal.
Wanita berkenaan yang mempunyai tanggungan seorang anak bekerja sebagai walker Foodpanda untuk menyara hidup.
Selain itu, Emi juga bekerja sambilan sebagai pembantu restoran dan menetap di sebuah flat sekitar Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran di Instagram Ebit Lew, pendakwah itu berkata dia terharu dengan kesungguhan ibu muda ini keluar mencari rezeki.
“Suami dah lama terpisah. Masih proses mahkamah.
“Ujian adik sabarlah. Di usia muda dengan ujian begini. InsyaAllah di sebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita,” tulis Ebit Lew.
Menurut Ebit, Emi sudah lama melihat pasukannya menabur bakti kepada masyarakat dan tidak sangka kini giliran dirinya untuk dibantu.
“Katanya dah lama ingin jumpa ustaz. Hari-hari tengok ustaz suka tolong orang. Tiba-tiba Allah jumpakan di sini,” ujarnya.
Emi mengakui dia sememangnya sedang mengumpul duit untuk membeli sebuah motosikal. Terkejut dan terharu, dia tidak sangka perkara itu menjadi realiti secepat ini dengan pertolongan Ebit.
“Semoga Allah jaga adik, jadi wanita yang solehah dan anak menjadi anak yang baik dan hebat,” doa Ebit.
Ebit sempat berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam usaha membantu Emi.
“Sampai sanggup jadi Walker Allahuakbar. Mesti dia dh habis ikhtiar. Tapi demi anak naluri ibu tetap semangat utk sesuap nasi. Tahniah dik,” @User7159750979420.
“Jaga baik2 moto kak. Zaman skrg ramai kaki piang moto.duk umah flat ni kadang2 risau moto je. Semoga dia permudahkan,” @Fendy.
“Sebak tengok dia nangis. Sungguh dia seorang yg sangat sangat kuat ,” @Rozyana Roslan.
Rata-rata netizen juga berterima kasih kepada Ustaz Ebit Lew kerana mengurangkan beban ibu tunggal itu dan memudahkannya untuk bekerja dengan lebih senang.