Sumbangan Asas Rahmah SARA 2024: Bantuan MyKasih RM1200 | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR berstatus miskin tegar melalui data ekasih yang disalurkan dalam MyKad bagi membeli keperluan barangan makanan asas di kedai runcit dipilih.
Bantuan ini berupa barang asas tanpa tunai dengan kadar RM100 setiap bulan kepada isi rumah penerima STR termiskin (miskin tegar) melalui data eKasih.
Dalam belanjawan 2024 yang diusul oleh Perdana Menteri pada 13 Oktober 2023 lalu, Beliau berkata bahawa kerajaan bersetuju untuk teruskan perlaksanaan program ‘payung Rahmah’ untuk bantu golongan B40 sedia hadapi isu kos sara hidup yang semakin meningkat. Mulai tahun 2024, semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah permohonan bantuan asas rahmah rm1200 2024 secara online? Ikuti lebih lanjut di sini.
Apakah Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan Sara 2024)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program bantuan yang memberi sokongan kewangan kepada isi rumah miskin tegar di Malaysia. Program ini fokus untuk memberi bantuan tambahan kepada isi rumah miskin tegar melalui penyediaan bakul makanan dan baucar pembelian barangan makanan asas di kedai / pasaraya yang punyai senarai dalam program MyKasih.
Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2024 telah umumkan tempoh dan kadar baharu Bantuan Sara;
“Mengambil kira maklum balas yang amat baik, Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.” -Datuk Seri Anwar Ibrahim-
Dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini, Kerajaan umum untuk meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA 2024) kepada 700 ribu orang yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
Sebelum ini, bantuan Sara hanya diberi selama 6 bulan sahaja. Namun pada tahun 2024, penerima akan mendapat bantuan ini selama 12 bulan.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH
Setiap bulan, mereka yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM100 selama tempoh 12 bulan yang akan diberikan melalui kredit yang ditransfer ke Kad Pengenalan penerima, dan dapat membuat pembelian di kedai runcit atau pasaraya yang punyai senarai dalam MyKasih.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH
- Penerima harus berada dalam senarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih.
- Pendapatan isi rumah penerima tidak boleh lebih dari RM1,169 dalam sistem Penghasilan Gross Kasar (PGK) Miskin Tegar, yang melalui semakan silang dengan agensi pendapatan.
SENARAI BARANGAN KEPERLUASAN ASAS
Antara senarai barangan yang boleh dibeli dengan Bantuan Asas Rahmah ini terdiri dari 10 kategori produk yang telah diluluskan seperti berikut :
- Beras/Mi/Bihun/spageti
- Gula & Garam
- Tepung
- Telur
- Minyak
- Biskut dan bahan makanan kering.
- Minuman (teh uncang, serbuk Milo, serbuk kopi)
- Makanan dalam tin (sardin)
- Susu pekat tin
- Kicap/Sos
CARA MEMBELI MENGGUNAKAN (SARA)
- Pilih barang yang anda perlukan dari 10 kategori yang disenaraikan di program ini.
- Setelah selesai memilih barang, pergi ke kaunter.
- Kemudian, nyatakan kepada juruwang bahawa anda ingin bayar dengan Bantuan Rahmah (SARA).
- Letakkan Kad Pengenalan anda pada mesin dan tekan Nombor PIN anda.
- Jumlah pembelian anda ditolak dari baki di dalam kad pengenalan anda.
- Juruwang akan berikan anda resit dan baki anda.
LANGKAH PEMBELIAN SARA
Berikut adalah langkah membeli barang bantuan SARA Hidup, seperti di bawah :
- Pilih barang keperluan (lihat 10 barang yang punyai label MyKasih di rak tanda harga); atau lihat di sini.
- Tunjukkan Mykad kepada juruwang untuk sahkan diri anda.
- Juruwang akan imbas kod barangan melalui 10 kategori yang sudah maklum.
- Bayaran dibuat dengan MyKad (Masukkan 6-digit nombor PIN anda).
- Simpan resit untuk semakan transaksi pembelian.
PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP
Untuk ketahui cara membuat permohonan anda boleh rujuk di sini:
- Pendaftaran My Kasih akan dikenal pasti dari senarai yang sudah berdaftar di dalam data kerajaan, iaitu data e-Kasih.
- Berdasarkan data yang diambil dari pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih. Maklumat ini akan disemak sekali lagi dengan data dari penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Anda perlu kenal pasti dan buat semakan pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu RM1,500 untuk bandar atau RM1,000 untuk luar bandar sebulan.
- Membuat laporan atau daftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
Sumber: Bantuan Rakyat