13 Tempat Makan Malam Best di Parit Buntar, Perak | Parit Buntar adalah sebuah bandar kecil dan paling utara di Perak, Malaysia. Bandar unik ini dikenali sebagai Rice Bowl of Perak kerana memiliki antara kawasan sawah pada yang terluas disitu.
Korang lapar tapi tak tahu dekat mana? Disini kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best yang anda boleh kunjungi di Parit Buntar, Perak.
1. BRADER’S CAFE – MAKAN MALAM
Korang tak puas dengan portion makanan Western yang sikit? Korang kena cuba singgah di Brader’s Cafe. Kafe ini merupakan salah satu kafe yang popular dengan hidangan yang besar dan juga sedap. Makanan disini bukan setakat besar dan sedap tetapi harga, suasana dan perkhidmatan pelanggan disini pun sangat mantap. Memang sesuai untuk anda seisi keluarga dan rakan-rakan berkumpul. Kalau korang datang ke sini, korang kena cuba signature mereka iaitu Chicken Chop Terbesaq. Korang pasti akan ternganga melihatnya.
Lokasi restoran ini di 55, Jalan Perwira, pusat bandar baharu, 34200 Parit Buntar, Perak dan dibuka pada setiap hari pada 8 pagi hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi: 010-958 4776.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/braderscafe/
2. FRUIT KING – MAKAN MALAM
Nama sahaja Fruit King tetapi siapa sangka, restoran ini merupakan salah satu restoran Western terbaik yang ada di Parit Buntar ini. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai makanan Western yang korang boleh pilih dan portionnya agak besar tau. Bagi korang yang tiba-tiba teringin nak makan burger bersama keluarga atau rakan-rakan, korang kena cuba signature mereka iaitu Burger Gergasi. Korang pasti akan puas hati punya.
Lokasi Fruit King ini di 1420, A9, Kampung Permatang Tok Mamat, Kampung Permatang Tok Mahat, 34200 Parit Buntar, Perak dan dibuka pada setiap hari pada 3:30 petang hingga 12 pagi. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi: 013-631 2627.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/FruitKingOfficial/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/fruitkingofficial/
3. RESTORAN NASI KANDAR ALI, PARIT BUNTAR – MAKAN MALAM
Kalau korang teringin nak makan Nasi Kandar pada waktu malam, korang wajib singgah di Restoran Nasi Kandar Ali, Parit Buntar. Restoran ini merupakan salah destinasi yang popular dengan hidangannya. Dekat sini terdapat pelbagai hidangan yang korang boleh pilih. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Nasi Kandar Ali Parit Buntar, Nasi Kandar Ayam Pedas Kuah Campur bersama Papedom dan Nasi Kandar Ayam Goreng. Korang pasti suka.
Lokasi restoran ini di 11, Jalan Kelicap, Pekan Baru, 34200 Parit Buntar, Perak dan dibuka pada setiap hari pada 12 tengahari hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi: 016-638 7008.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasikandaralipb/
4. FAIZAL NASI KUKUS AYAM BEREMPAH – MAKAN MALAM
Kalau korang suka Nasi Kukus, korang pasti akan sukakan dengan restoran ini. Faizal Nasi Kukus Ayam Berempah merupakan restoran yang menjadi pilihan utama dengan hidangan Nasi Kukusnya. Walaupun Nasi Kukus disini kelihatan simple tetapi rasanya sungguh sedap. Korang kena cuba rasai sendiri.
Lokasi Faizal Nasi Kukus Ayam Berempah ini di 34200 Parit Buntar, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 5:30 petang hingga 11:300 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi: 010-366 5767.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Faizal-Nasi-Kukus-Ayam-Berempah-Parit-Buntar-Perak-100063608705531/
5. RESTORAN PAK MAT CERIA @ PAK MAT KERANG – MAKAN MALAM
Korang penggemar kerang? Inilah tempatnya. Restoran Pak Mat Ceria @ Pak Mat Kerang merupakan restoran kerang rebus yang menjadi pilihan dalam kalangan penduduk disini. Walaupun kerang rebus kedengaran biasa sahaja tetapi siapa sangka, kesegaran kerang yang lazat dicicah bersama kuah kacang ini mendapat pujian oleh orang ramai. Kalau korang makan disini, pasti bertambah-tambah pinggan punya.
Lokasi restoran ini terletak di Jalan Syarikat, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Sabtu pada 8 pagi hingga 12 malam.
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Parit Buntar ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Parit Buntar, Perak. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye.