13 Tempat Makan Malam Best di Kampar, Perak | Kampar adalah sebuah pekan terbesar bagi daerah Kampar, Perak. Pekan ini memiliki sejarah yang tersendiri dimana daerah ini adalah pusat penambangan bijih timah. Walaupun pekan ini kaya dengan sejarahnya, pekan ini juga kaya dengan beragam makanan yang lazat.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan malam yang best di Kampar, Perak
1. KELAPA LELEHHH KAMPOR – MAKAN MALAM
Restoran ini adalah salah satu restoran yang menjadi pilihan utama di Kampar. Kalau korang nak tahu, dekat sini mereka ada menyediakan menu-menu Western, Seafood dan Asean yang korang pilih. Bukan setakat tu je, korang kena cuba Aiskrim Kelapa Leleh yang viral. Pasti korang akan puas hati punyalah.
Lokasi restoran ini di Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 4 petang hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi: 011-1300 6720.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kelapalelehhhkampor/
2. NASI KANDAR BERATUR 786 @ KAMPAR – MAKAN MALAM
Kalau korang nak tahu, Nasi Kandar Beratur 786 adalah salah satu restoran Nasi Kandar terbaik yang ada dekat Kampar ini. Dikatakan restoran tidak seperti restoran Mamak yang lain dimana kebersihan terjamin, makanan sedap dan harga pun berpatutan. Tak percaya? Korang boleh cuba rasai pengalamannya sendiri.
Lokasi Nasi Kandar Beratur 786 ini di Lot BI 1, Ground Floor, Tin Village Mall Lot 312205, Jalan Batu Karang, Off, Jalan Batu Sinar, 31900 Kampar, Perak dan dibuka pada setiap hari, Isnin hingga Sabtu pada 12 tengahari hingga 11 malam dan Ahad pada 10 pagi hingga 11 malam.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Nasi-Kandar-Beratur-786-Kampar-100069387590234/
3. WING ZONE KAMPAR – MAKAN MALAM
Kalau korang seorang penggemar kepak ayam, korang boleh ke Wing Zone Kampar. Wing Zone Kampar merupakan sebuah hidden gem yang terdapat di Kampar. Dikatakan restoran ini menyajikan kepak ayam yang best dengan pelbagai sos yang istimewa. Yang pastinya membuatkan korang menjilat jari.
Lokasi restoran ini di 2251, Jalan Batu Sinar, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak dan dibuka pada setiap hari pada 10:30 pagi hingga 10:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi: 05-468 4659.
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat malam terbaik di daerah Kampar ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kampar, Perak. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!