13 Tempat Makan Malam Best di Gerik, Perak | Gerik adalah sebuah bandar di Daerah Hulu Perak. Bandar ini disebut sebagai Bandar Persinggahan kerana kedudukannya yang berada bersebelahan dengan Lebuhraya Timur-Barat dimana ia adalah laluan utama ke negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Kedudukannya ini menjadikan Gerik ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang popular.

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best yang ada di Gerik, Perak yang anda boleh kunjungi.

 

1. NASI LEMAK AYAM GODAM – MAKAN MALAM

Korang craving nasi lemak pada waktu malam? Korang wajib singgah di Nasi Lemak Ayam Godam. Nasi Lemak Ayam Godam ini merupakan restoran yang terkenal dalam kalangan penduduk dengan hidangan Nasi Lemaknya. Dikatakan bau aroma panas nasi dan ayam sahaja boleh membuatkan sesiapa sahaja berhenti singgah makan disini. Bagi penggemar nasi lemak, korang mesti cuba disini. Korang pasti akan menjilat jari kesedapan.

Lokasi Nasi Lemak Ayam Godam ini di Jalan Kuala Kenderong, Pekan Gerik, 33300 Gerik, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 3 petang hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi: 013-597 5868.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Nasi-Lemak-Ayam-Godam-100063591162483/

 

2. LAKSA SARANG BURUNG – MAKAN MALAM

Restoran ini merupakan salah satu tempat yang sangat popular dengan laksa yang unik iaitu Laksa Bertelur Sarang. Laksa yang dihidangkan bersama telur berbentuk sarang burung ini amatlah sedap dan pastinya akan membuatkan setiap hirupan terasa berbaloi. Selain laksa, mereka juga ada menghidangkan Mee Udang. Dikatakan Mee Udang disini pasti membuatkan korang terliur kerana saiz udang sangat besar, juicy dan cukup untuk menghilangkan rasa lapar. Pasti korang takkan menyesal punya.

Lokasi Laksa Sarang Burung di Kampung, 33310 Gerik, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 2 petang hingga 1o malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi 019-555 1865.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/PitstopA76Gerik/

 

3. LONG BURGER GERIK – MAKAN MALAM

Teringin makan burger pada waktu malam? Korang kena cuba singgah di Long Burger Gerik. Long Burger Gerik merupakan salah satu kedai burger terbaik di Gerik ini. Dekat disini mereka ada menghidangkan pelbagai jenis burger seperti Burger Ramly, Smash Burger, Crispy Burger, Oblong dan Tortilla. Yang pastinya berbaloi dengan rasanya.

Lokasi ini di 8, Jalan Pasar, Pekan Gerik, 33300 Gerik, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 4 petang hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi: 019-999 8988.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/people/Long-Burger-Gerik/

 

4. RESTORAN SANTAI GERIK – MAKAN MALAM

Korang lapar tapi tak tahu nak makan apa? Korang boleh ke Restoran Santai Gerik. Restoran yang bertemakan Food Court ini mempunyai pelbagai makanan yang korang boleh pilih seperti Western dan Local. Dikatakan makanan disini cukup sedap dan harganya pun cukup murah. Restoran ini amatlah sesuai bagi anda seisi keluarga.

Lokasi restoran ini terletak di  Restoran Santai GERIK, Lot. 887, jalan intan, batu dua, 33320 Gerik, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 11 pagi hingga 11:45 mala. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi: 013-456 5440.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KedaiMakanGerik/

 

5. IGR CAFE – MAKAN MALAM

Kafe ini  adalah salah satu tempat makan malam best di Gerik. Dekat sini, mereka menghidangkan pelbagai jenis menu Western yang korang boleh pilih antaranya ialah Chicken Chop, Pasta, Macaroni and Cheese dan banyak lagi. Portion bukan setakat besar tetapi harga pun cukup berpatutan. Kafe ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin duduk berehat sambil menjamu selera.

Lokasi kafe ini di no 42, 1, Jln Tekoma 1, pusat komersial batu 2, 33300 Gerik, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Ahad pada 8 pagi hingga 10:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi: 011-5918 1551.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/IGRCAFE2020/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/igr_cafe/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Gerik ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Gerik, Perak. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye.

Share.

Leave A Reply