Dalam menulis surat memohon bantuan kewangan, perlu untuk anda akui kekurangan dalam bentuk kewangan dan meminta bantuan melalui surat adalah langkah yang diambil oleh banyak individu yang berhadapan dengan masalah kewangan. Surat memohon bantuan kewangan adalah cara untuk membuat penjelasan keadaan anda buat masa ini kepada pihak yang mungkin dapat bantu. Prosesnya tidak selalu mudah, namun dapat memberi akses kepada sumber daya yang diperlukan untuk atasi krisis kewangan.

memohon kewangan

Antara sebab mengapa seseorang mungkin hadapi masalah kewangan seperti:

1. Hilangnya Pekerjaan atau Pengurangan Pendapatan.

Terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, hilang pekerjaan atau income yang dapat tidak dapat tampung dan membawa kepada tekanan kewangan yang besar.

2. Perbelanjaan yang Tidak Terduga:

Kejadian tak terduga seperti masalah kesihatan, accident, atau harta benda rosak yang memerlukan dana tambahan.

3. Hutang yang Menumpuk:

Akumulasi hutang dari pinjaman, kad kredit, atau tagihan lainnya yang sulit untuk diselesaikan.

4. Perubahan Situasi Keluarga:

Dengan menulis surat memohon bantuan kewangan adalah langkah penting untuk meminta dukungan kepada individu , badan amal, atau badan bukan kerajaan (NGO) yang mungkin ada sumber dana untuk membuat bantuan. Berikut adalah contoh format dalam menulis surat memohon bantuan kewangan seperti di bawah.

 

Contoh Surat Permohonan Bantuan Kewangan


[Alamat Anda]
[Tarikh]

[Alamat Penerima Bantuan]
[Yang Terhormat/Yang Mulia/Nama Penerima Bantuan],

Salam Sejahtera,

Saya, [Nama Anda], ingin dengan segala hormat membuat permohonan bantuan kewangan kepada pihak yang mulia ini. Buat masa ini, saya alami masalah kewangan yang mendalam atas beberapa sebab yang telah saya hadapi dalam kehidupan saya.

Sebagai seorang [keterangan tentang diri Anda, sebagai contoh : pelajar kolej , ibu tunggal, pekerja yang hilang kerja ( tempat bergantung ), dll.], saya telah usaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini. Namun, dengan beban tanggungjawab yang semakin meningkat dan sumber kewangan yang terhad, saya perlu hadapi betapa sulit untuk menangani segala keperluan asas yang wajib ada.

Saya telah sedari bahawa saya tidak dapat membawa masalah ini hingga selesai sendiri dan oleh itu, saya memohon bantuan dari pihak yang mulia ini untuk membantu saya bebas diri dari krisis kewangan yang saya hadapi.

Di sini saya kongsi tentang butiran butiran yang berkait dengan keadaan kewangan saya:

1. Butiran Kewangan:
– Pendapatan bulanan: [jumlah]
– Perbelanjaan bulanan: [jumlah]
– Hutang yang saya hadapi: [jumlah]
– Butiran tambahan (jika ada): [contoh: belanja ubat ubatan, pendidikan anak anak, bayar sewa, dll.]

2. Dokumen Sokongan:
– Salinan slip gaji terkini
– Salinan bil-bil yang perlu dibayar
– Dokumen-dokumen yang ada kaitan (jika ada)

Saya dengan rendah hati memohon agar pihak yang mulia ini dapat membuat pertimbangan kepada permohonan saya dengan penuh cakna. Bantuan kewangan dari pihak yang mulia ini akan memberi saya peluang untuk kembali berdiri di atas kaki saya dan menerus hidup dengan lebih yakin.

Harapan saya agar permohonan saya dapat  pihak tuan / puan ambil maklum dengan sebaik baiknya dan saya sudi luang masa dengan tuan / puan dalam memberi info butiran lanjut atau menjawab apa apa pertanyaan jika pihak yang mulia ini mungkin ada apa apa soalan.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan jasa baik dari pihak tuan / puan amat saya hargai.

Yang Benar,

[Nama Anda]
[No. Telefon Anda]


Lain lain artikel yang menarik untuk anda :

Contoh Surat Permohonan Biasiswa

Contoh Surat Pembatalan Kontrak Sewa Rumah 

Share.

Leave A Reply