Tak Boleh Divaksin Atas Faktor Kesihatan. Ini Jawapan YB KJ.

| October 3, 2021 | 0 Comments

Tak Boleh Divaksin Atas Faktor Kesihatan. Ini Jawapan YB KJ. | KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu yang disahkan oleh doktor tidak boleh divaksinasi atas faktor kesihatan boleh memohon sijil pengecualian vaksinasi di aplikasi MySejahtera bagi tujuan pergerakan fizikal.

Katanya, individu terbabit perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar yang merawat mereka untuk memohon sijil digital khas atau sijil pengecualian vaksinasi di MySejahtera melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan.

“Mereka perlu mengemukakan borang khas ‘Slip penilaian kesesuaian menerima vaksin Covid-19 bagi pesakit dengan masalah kesihatan tertentu” yang disahkan pakar perubatan seperti berikut kepada PKD berdekatan.

“Antaranya, pakar perubatan di hospital swasta yang merawat individu tersebut, atau pakar perubatan atau pegawai perubatan yang merawat (semasa ketiadaan pakar perubatan) di hospital kerajaan yang berpakar, atau pakar perubatan keluarga di klinik kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Isnaraissah Munirah (Warisan-Kota Belud) berhubung alternatif buat individu yang tidak boleh divaksinasi atas faktor berkaitan kemudaratan kesihatan dan kewujudan dokumentasi yang dikhususkan bagi golongan tersebut untuk tujuan pergerakan fizikal.

Khairy berkata, sijil digital akan diperolehi melalui MySejahtera dalam tempoh seminggu, jika permohonan lengkap dan mengikut syarat ditetapkan.

Beliau menasihatkan golongan terbabit mematuhi SOP dengan lebih ketat, termasuk memakai pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan kerana mereka lebih berisiko dijangkiti Covid-19.

Sumber : FMT

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *