Tak Perlu Pakai ‘Mask’ Dalam Kenderaan Persendirian

| August 2, 2020 | 0 Comments

Tak Perlu Pakai ‘Mask’ Dalam Kenderaan Persendirian¬†| Individu yang menaiki kenderaan persendirian dan tidak memakai pelitup muka, tidak akan dikompaun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebaliknya beliau berkata, hanya mereka berada di tempat awam yang sesak seperti pasar, panggung wayang dan lokasi pelancongan serta menaiki pengangkutan awam sahaja diwajibkan memakai pelitup muka.

“Semalam tular di media sosial, ada (individu) yang dikenakan kompaun (tidak pakai pelitup muka) dalam kenderaan persendirian dan itu tidak betul.

“Individu yang menaiki kenderaan persendirian tidak perlu memakai pelitup muka dan tidak perlu juga diambil tindakan.

“(Jadi) bagi mereka yang sudah membayar kompaun itu di pejabat kesihatan, mereka boleh menuntut semula wang berkenaan (kompaun dibatalkan),” katanya dalam sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan berikutan Covid-19, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pihaknya percaya polis mempunyai budi bicara untuk mengeluarkan kompaun berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Begitu juga bagi mereka yang berada di tepi pantai, kalau dia seorang duduk di situ dan tiada kesesakan, tidak perlu disaman.

“Contoh lain, padang bola adalah tempat awam, tetapi berkeluasan besar yang mampu dilakukan penjarakan fizikal, jadi tidak perlu dikenakan kompaun juga,” katanya yang menegaskan, pelitup muka diwajibkan bagi kawasan yang sesak dan penggunaan pengangkutan awam.

Dalam pada itu, beliau berkata, kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah juga tidak diwajibkan memakai pelitup muka kerana dikhuatiri boleh menyebabkan mereka lemas.

Katanya, ibu bapa perlu memainkan lebih bertanggungjawab dengan tidak membawa anak yang masih kecil di tempat awam yang sesak.

Sumber : HMetro

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *