Tanda Akhir Zaman. Gunung Merapi Yogyakarta Mula Keluarkan Lava Pekat. سبحان الله | Gunung berapi paling aktif di dunia ni mula keluarkan lava pekat buat ramai mula cuak. Allah Allah Allah. Baca selanjutnya. Ada video.

GUNUNG MERAPI MULA KELUARKAN ABU, LAVA PEKAT

Video ada di penghujung artikel. Gunung Merapi, antara gunung berapi paling aktif di dunia, menghamburkan abu kelabu ke udara ketika lahar merah pekat mengalir turun dari kawah.

Tanda Akhir Zaman. Gunung Merapi Yogyakarta Mula Keluarkan Lava Pekat.  سبحان الله

Pihak berkuasa tidak menaikkan status amaran gunung itu selepas letusan berlaku petang semalam.

Namun sebarang aktiviti Merapi menimbulkan kebimbangan dan penduduk tempatan sebelum ini diarahkan tidak menghampiri zon larangan pergi sejauh lima kilometer sekitar kawah berhampiran Yogyakarta.

Letusan terbesar terakhir gunung itu pada 2010 mengorbankan lebih 300 penduduk dan memaksa 280,000 berpindah.

Ia adalah letupan paling kuat Merapi sejak 1930, yang membunuh kira-kira 1,300 penduduk, manakala satu lagi letupan pada 1994 meragut 60 nyawa.

Di seluruh Indonesia, Gunung Karangetang di Sulawesi juga meletus minggu ini dengan lebih 100 penduduk berhampiran diarahkan berpindah dari kawasan terpencil.

Indonesia memiliki lebih 17,000 pulau dan gugusan kepulauan kecil dan hampir 130 gunung berapi aktif. — AFP via Berita Harian.

Tanda Akhir Zaman. Gunung Merapi Yogyakarta Mula Keluarkan Lava Pekat.  سبحان الله

Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi meletus pada Khamis dan mengeluarkan abu serta kepulan asap setinggi 6,000 meter, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Ketua Agensi Volkanologi Nasional, letusan pada pukul 2.55 waktu Jakarta itu, turut mengandungi gas beracun seperti hidrogen sulfida dan karbon dioksida.

“Memandangkan gas yang dihasilkan gunung berapi berkenaan berbahaya, semua aktiviti dalam radius tiga kilometer adalah di larang sama sekali,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan berhampiran untuk mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk menggunakan topeng muka.

Kira-kira 660 penduduk berhampiran telah dipindahkan ke kawasan lebih selamat.

Tanda Akhir Zaman. Gunung Merapi Yogyakarta Mula Keluarkan Lava Pekat.  سبحان الله

Terletak 28 kilometer di utara kota Yogyakarta dengan penduduk seramai 2.4 juta, Gunung Merapi merupakan satu daripada 129 gunung berapi yang aktif di Indonesia dan sering meletus sejak tahun 1948.

Pada November 1994 letusan besar berlaku menyebabkan 27 orang terkorban. Kali terakhir letusan besar berlaku ialah pada 2006. via Malaysiakini

Video Gunung Merapi Kembali Aktif

Share.

Leave A Reply