Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Tandas Kapsul Rosak, Angkasawan Terpaksa Pakai Lampin | Tidak semua pengembaraan angkasa lepas menyeronokkan dan buktinya, angkasawan SpaceX yang meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Ahad terpaksa memakai lampin pakai buang sewaktu perjalanan pulang ke bumi kerana kerosakan tandas dalam kapsul Dragon.

Tandas Kapsul Rosak, Angkasawan Terpaksa Pakai Lampin

Kapsul berkenaan digunakan oleh angkasawan berkenaan untuk pulang ke bumi.

New York Post melaporkan Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Megan McArthur berkata, kru berupaya menggunakan lampin pakai buang untuk perjalanan pulang yang mengambil masa 20 jam.

“Penerbangan angkasa penuh dengan cabaran kecil.

“Ini hanya salah satu (cabaran) daripadanya dan akan diuruskan dalam misi kami. Jadi, kami tidak terlalu bimbang mengenainya,” katanya pada sidang media dari angkasa lepas.

Angkasawan menemukan kebocoran pada tandas selepas menarik panel lantai pada kapsul.

Masalah itu mula berlaku sewaktu penerbangan peribadi SpaceX pada September lalu.

Jurutera mendapati masalah itu tidak memberi kesan kepada kapsul dan selamat untuk perjalanan balik.

Bagaimanapun, Nasa dalam kenyataannya memaklumkan daripada menggunakan tandas, angkasawan akan memakai lampin.

Pengurus misi memutuskan untuk membawa McArthur dan kru lain yang berada di ISS selama enam bulan untuk pulang ke bumi.

Keputusan itu selepas beberapa siri mesyuarat pada hari Jumaat.

Pengganti mereka tidak diumumkan lagi dan misi itu ditangguhkan untuk seminggu kerana keadaan cuaca buruk dan isu perubatan membabitkan anak kapal.

Sasarannya adalah pada malam Rabu.

Turut pulang bersama McArthur adalah angkasawan dari Perancis, Thomas Pesquet, Shane Kimbrough (angkasawan Nasa) dan Akihiko Hoshides (angkasawan Jepun).

Sementara itu, seorang angkasawan Amerika Syarikat (AS) dan dua Rusia akan kekal di stesen berkenaan.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply