Selepas dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 pada petang Khamis, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan tugas pertamanya pada Jumaat dengan masuk ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk makan di foodcourt sebelum menunaikan solat Jumaat.

Ketika bersalaman dengan para penyokong serta orang ramai yang berada di lokasi tersebut, seorang kanak-kanak comel telah meminta untuk bersalaman dengan Anwar.

Momen tersebut berjaya dirakam dan dikongsikan di media sosial. Menerusi laman Twitter milik @Shaeyful, kanak-kanak lelaki itu dengan jelas menyatakan hasratnya ingin bersalaman sebelum disambut mesra oleh perdana menteri.

Situasi itu telah menjadi perbualan warganet di ruangan komen yang rata-rata mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut sangat beruntung kerana dapat bertemu perdana menteri Malaysia.

“Suatu hari nnti dik, kau akan ingat sampai bila2 yg kau salam tu pm ke 10 Malaysia,” @Kucingbesarr.

Wehhh comelnyaaa dgn medal tergantung dekat leher,” @Nurulsyu_.

“Dulu time darjah 5 ada pergi ceramah DSAI dapat salam hahahah sayang oh nak cuci but dah besar ni sedar dah janganla taksub sampai macam tu sekali,dia kerja untuk kita. eh but dia takmau gaji. hm cmner ek,” @Fabulousblur.

“Saya pun pernah rasa feeling masa tu, kecik lagi. Ikut makcik dengar ceramah kat Lembah Pantai tahun 1999. Salam dengan LGE, eh eh lembut tangan dia,” @Nikmazuin.

Mesti budak tu macam “gila lah dapat salam dengan PM do harini” esok bagitau kawan kawan kau ado? Tado en?” @Zyhaas.

Sumber: OMM

 

Baca Juga: Semasa Siaran Langsung, Gajah ‘Ganggu’ Wartawan

Baru-baru ini satu video yang amat mencuit hati yang telah dikongsi oleh BBC News tentang seekor anak gajah yang menganggu seorang wartawan ketika sedang melaporkan berkenaan aktiviti anak-anak gajah di pusat pemuliharaan untuk Perbadanan Penyiaran Kenya (KBC).

Video yang berdurasi 24 saat itu menunjukkan telatah seekor anak gajah menganggu wartawan tersebut ketika membuat liputan siaran langsung.

Menerusi video itu dapat dilihat beliau yang sedang berdiri di hadapan sekumpulan tiga ekor gajah dan tiba-tiba seekor anak gajah di belakangnya meletakkan belalai pada mulut Kaunda. Wartawan itu dilihat tidak dapat menahan ketawa dengan telatah anak gajah tersebut.

Perkongsian video berkenaan pantas menjadi viral dan menarik perhatian banyak pihak. Netizen turut tidak melepaskan peluang berkongsi keterujaan masing-masing melihat video berkenaan.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply