Semasa Siaran Langsung, Gajah ‘Ganggu’ Wartawan | Tugas seorang wartawan ialah melaporkan tentang berita-berita terkini serta menyampaikan maklumat-maklumat kepada masyarakat. Menjadi seorang wartawan tidak mudah kerana akan menghadapi pelbagai rintangan ketika melakukan liputan secara langsung di luar studio.
Baru-baru ini satu video yang amat mencuit hati yang telah dikongsi oleh BBC News tentang seekor anak gajah yang menganggu seorang wartawan ketika sedang melaporkan berkenaan aktiviti anak-anak gajah di pusat pemuliharaan untuk Perbadanan Penyiaran Kenya (KBC).
Video yang berdurasi 24 saat itu menunjukkan telatah seekor anak gajah menganggu wartawan tersebut ketika membuat liputan siaran langsung.
Menerusi video itu dapat dilihat beliau yang sedang berdiri di hadapan sekumpulan tiga ekor gajah dan tiba-tiba seekor anak gajah di belakangnya meletakkan belalai pada mulut Kaunda. Wartawan itu dilihat tidak dapat menahan ketawa dengan telatah anak gajah tersebut.
Perkongsian video berkenaan pantas menjadi viral dan menarik perhatian banyak pihak. Netizen turut tidak melepaskan peluang berkongsi keterujaan masing-masing melihat video berkenaan.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Wartawan Tumbang Tiba-Tiba Ketika ‘Live’, Ini Puncanya
Seorang wartawan yang sedang melakukan lintas langsung ketika membuat liputan pada Rabu lalu pengsan secara tiba-tiba.
Walau bagaimanapun, keadaan wartawan Channel New Asia (CNA), Julie Yoo yang pengsan itu kini dilaporkan beransur pulih, lapor Mediacorp.
Pada waktu itu, Ms Yoo sedang membuat liputan mengenai sidang kemuncak iklim di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), COP27 di Sharm El-Sheikh, Mesir pada 6 November hingga 18 November.
Merujuk kepada video yang dimuat naik oleh CNA, hos bersama, Dawn Tan yang berada disebelahnya kelihatan bergegas untuk membantu Ms Yoo.
Manakala penyampai berita di studio pada mulanya kelihatan terkejut dan dengan cepat meneruskan segmen yang seterusnya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Mediacorp, Ms Yoo kini beransur pulih dan akan bersiaran semula esok.
“Dia tidak begitu sihat kerana kekurangan gula dalam darah dan dehidrasi,” kata Mediacorp
Selain itu, Mediacorp juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas keprihatinan mereka.
CNA reporter Julie Yoo faints during live broadcasting on 9 November. No update on her status yet. pic.twitter.com/MUn1yCkNLR
— The Online Citizen Asia (@theon9citizen) November 9, 2022
Ketika dilihat dalam video yang dimuat naik itu, penyampai berita yang berada di studio dilihat agak tergamam. Dia mengambil beberapa saat sebelum membaca segmen yang seterusnya.
Dia juga dilihat profesional kerana memaklumkan kepada penonton terlebih dahulu untuk melihat kondisi Julie Yoo sebelum dia pergi ke segmen yang terbaru.
Komen-komen di Twitter mengucapkan supaya keadaan Julie Yoo beransur pulih dan tiada apa yang serius terjadi.
“Hope she is ok,” @Peter Teo.
“Julie, you need more rest. Get well soon, take care,” @Willie Tan.
“The male presenter definitely wan in a dilemma,” @Keith Ng.
Sumber: Siakap Keli
Seorang Wartawan Ditemb4k M@ti Di Haiti
Seorang Wartawan Ditemb4k M@ti Di Haiti | Seorang lelaki yang ditembak mati pada hujung minggu merupakan wartawan kelapan terbunuh di Haiti tahun ini, kata Persatuan Akhbar Antara Amerika (IAPA).
Memetik akhbar tempatan, Anadolu Agency melaporkan bahawa semasa pertempuran kumpulan pada 5 November, Fritz Dorilas yang bekerja dengan Radio Tele Megastar ditembak mati berhampiran rumahnya di kejiranan Tabarre di ibu negara Port-au-Prince.
Laporan lain menyebut Dorilas dibawa lari secara paksa dari rumahnya dan dibunuh. Polis masih belum memaklumkan bagaimana kematiannya itu berlaku.
Polis menyatakan bahawa mereka kesal dengan jenayah berdarah terhadap wartawan tahun ini di rantau mereka.
Carlos Jornet, Pengerusi Jawatankuasa Kebebasan Akhbar dan Maklumat IAPA telah menyatakan bahawa keadilan yang tidak dilaksanakan telah memberi lebih banyak insentif kepada individu ganas.
Nasib Dorilas adalah sama dengan tujuh lagi wartawan yang terkorban dalam insiden keganasan di Haiti, pada tahun ini.
Kurang seminggu lepas, seorang lagi wartawan Haiti, Romelson Vilsaint, meninggal dunia semasa protes di Port-au-Prince, dan bulan lalu pihak berkuasa menemui mayat wartawan radio Garry Tess.
Dua wartawan Haiti, Frantzsen Charles dan Tayson Lartigue, ditembak dan mayat mereka dibakar di Port-au-Prince pada September.
Pada Januari, dua lagi wartawan dibunuh oleh ahli kumpulan semasa melaporkan diri di La Boule, sebuah kawasan di selatan Port-au-Prince. Wilguens Louissaint dan Amady John Wesley dibakar hidup-hidup semasa cuba membuat laporan di kawasan itu.
Pertempuran antara kumpulan bersenjata telah menyebabkan ratusan orang mati di negara itu dan mendorong ribuan orang untuk melarikan diri daripada keganasan di Port-au-Prince, menurut pihak berkuasa.
Kerajaan Haiti dan PBB telah meminta bantuan keselamatan antarabangsa untuk menangani peningkatan keganasan yang berterusan.
Krisis dan huru-hara semakin memuncak di Haiti sejak beberapa hari lalu selepas sekatan oleh kumpulan penjenayah menyebabkan kekurangan makanan, air dan bahan api, ketika negara itu menangani wabak taun.
Sumber: Sinar Harian