Tengku Razaleigh Hamzah Letak Jawatan.

| September 21, 2021 | 0 Comments

Tengku Razaleigh Hamzah Letak Jawatan. | Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Jemaah Penasihat Umno berkuat kuasa serta-merta Isnin lalu.

Melalui sepucuk surat yang dilihat , Tengku Razaleigh atau Ku Li mendakwa pelantikan bagi jawatan itu tidak berperlembagaan.

Surat yang bertarikh Isnin lalu itu juga turut mempersoalkan keupayaan Umno untuk memenangi pilihan raya akan datang kerana masih lagi bekerjasama dengan Bersatu.

“Bolehkah mereka ini bantu parti kita tebus kekalahan kita dalam PRU-15 dan akhiri parlimen yang tergantung?

“Bolehkah kita bergantung harap kepada mereka ini memberi kemenangan kepada parti kita dalam PRU-15 nanti?,” katanya dalam surat kepada Presiden Umno Zahid Hamidi.

Ku Li yang juga ketua Umno Gua Musang berkata Umno mengambil masa untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu walaupun perkara itu sudah diluluskan sebulat suara dalam perhimpunan agung parti pada Mac 2020.

“Perhimpunan agung Umno telah meluluskan sebulat suara usul memutuskan sebarang kerjasama dengan parti Bersatu tetapi usul itu telah mengambil masa untuk dilaksanakan, tetapi bisa usul itu apabila dikuatkuasakan memberi kesan segera dalam mana pimpinan yang tidak mempunyai sokongan sebagaimana dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan pimpinannya terpaksa meletak jawatan tanpa tunggu pengundian menolaknya di Dewan Rakyat.

“Sudah tentu pimpinan yang dipilih dan anggota kerajaan yang mengganti kerajaan gagal telah direstu oleh pimpinan Umno walaupun rata-rata oramg ramai dan akar umbi parti menzahirkan kekecewaan mereka kerana hampir semua jawatan dipenuhi oleh mereka dari kalangan kerajaan gagal,” katanya.

Sumber : Malaysiakini

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *