Hujan lebat berterusan yang melanda Lembah Klang pada petang ini telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan termasuk di sekitar Kuala Lumpur.

TERKINI : Beberapa Kawasan Di Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat

Peningkatan paras air yang berlaku dengan cepat menyebabkan orang ramai terkandas dan kenderaan milik mereka juga tenggelam.

Menerusi perkongsian orang awam di media sosial, kawasan masjid Jamek dan KLCC turut ditenggelami air banjir.

Sementara itu, sebentar tadi Jalan Kuchai Lama juga dilaporkan telah dilanda banjir kilat sehingga merencatkan trafik di kawasan itu.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply