Terkini Gempar Bumi Di Croatia. Penduduk Tanya Nak Duduk Dalam Atau Luar Rumah ? Allahu

| March 23, 2020 | 0 Comments

Terkini Gempar Bumi Di Croatia. Penduduk Tanya Nak Duduk Dalam Atau Luar Rumah ? Allahu | Ketika ramai penduduk Croatia duduk di rumah ekoran Covid-19, tiba-tiba gempa bumi berlaku. Penduduk tanya nak duduk dalam atau rumah ? Baca selanjutnya. Ada gambar-gambar.

Duduk Dalam Atau Luar Rumah ?

Gempa bumi besar melanda utara ibu negara Croatia hari ini, mengakibatkan seorang kanak-kanak 15 tahun maut, memusnahkan bangunan serta menyebabkan orang ramai bertempiaran ke jalanan selain memusnahkan kenderaan dan mencetuskan kebakaran.

Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) berkata, gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter pada kedalaman 10 kilometer itu, turut dirasai di seluruh barat Balkan.

“Sebuah pasukan ambulans dikejarkan ke lapangan dan mendapati seorang kanak-kanak yang tidak lagi menunjukkan tanda-tanda masih hidup di bawah bangunan runtuh,” kata Ketua Institut Kecemasan Perubatan Zagreb, Zarko Rasic.

Jabatan Bomba Zagreb berkata, operasi memadamkan kebakaran dan menyelamat sedang giat dijalankan di beberapa lokasi.

“Ia berlanjutan selama 10 saat, ia gempa bumi paling kuat pernah saya raya alami,” kata seorang saksi sambil menambah ia turut diikuti dengan beberapa gegaran kecil.

Menteri Dalam Negeri Croatia, Davor Bozinovic, membuat rayuan melalui akaun Twitternya supaya orang ramai mengamalkan jarak sosial berikutan negara itu kini bergelut megekang wabak COVID-19.

Setakat ini, Croatia merekodkan 206 kes dengan satu kematian.

Sementara itu, wartawan Reuters di lokasi menyaksikan menara loceng gereja mengalami kerosakan dan beberapa bangunan runtuh ketika orang orang ramai bertempiaran keluar daripada apartmen dan memenuhi jalan di Zagreb.

Beberapa bahagian di bandar itu mengalami bekalan kuasa elektrik terputus.

Pakar Seismologi di Institut Seismologi Croatia, Ines Ivanic, berkata gegaran yang berlaku adalah kuat, bagaimanapun kerosakan segera tidak dapat ditaksirkan.

Katanya, perkhidmatan internet juga tergendala di sesetengah kawasan.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), gempa bumi itu adalah berukuran 5.4, manakala Pusat Seismologi Mediterranean Eropah melaporkan pada magnitud 5.3 diikuti magnitud 5.1.

Netizen Malaysia Turut Memberi Kata Semangat

Nur Iliani Nor Azman i went there march last year.. such a beautiful place.. please stay strong we pray for you. love from malaysia

P/S – Bagi jawapan penduduk Croatia yang bertanya, gempar bumi atau Covid 19? Tiada siapa yang tahu. Sama-sama kita doakan mereka semua baik-baik sahaja.




Sumber: Berita Harian, FB Selma Prodanovic

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *