Terkini, Rakyat Dah Boleh Ke Luar Negara Termasuk Pergi Melancong Tanpa Perlu Mohon MyTravelPass

| October 10, 2021 | 0 Comments

Terkini, Rakyat Dah Boleh Ke Luar Negara Termasuk Pergi Melancong Tanpa Perlu Mohon MyTravelPass | Penggunaan MyTravelPass untuk aktiviti ke luar negara bagi urusan-urusan rasmi tertentu beserta permohonan seperti sebelum ini kini telah dimansuhkan kerajaan.

Terkini, Rakyat Dah Boleh Ke Luar Negara Termasuk Pergi Melancong Tanpa Perlu Mohon MyTravelPass

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat kini boleh pergi ke luar negara untuk pelbagai urusan termasuk aktiviti tidak rasmi seperti pelancongan mulai esok.

“Oleh itu, kerajaan telah membuat keputusan MyTravelPass tidak lagi digunakan. Kita pihak kerajaan bersetuju memansuhkan penggunaan MyTravelPass untuk rakyat kita yang ingin keluar negara.

“Bermakna sesiapa warga Malaysia boleh ke luar negara termasuk untuk aktiviti pelancongan. Kalau dulu (urusan) rasmi saja, tapi sekarang untuk aktiviti bukan rasmi seperti pelancongan,” katanya dalam sidang media tersebut.

Bagaimanapun jelas Ismail, syarat bagi kebenaran tersebut adalah mereka yang ingin ke luar negara mesti telah mendapat dua dos vaksin.

Malah katanya, mereka juga masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang sahaja ke tanah air.

Sebelum itu, Ismail turut mengumumkan bahawa aktiviti merentas negeri secara rasminya dibenarkan mulai 11 Oktober esok.

Difahamkan, keputusan tersebut dibuat berdasarkan statistik peratusan populasi individu dewasa yang lengkap divaksinasi kini telah mencapai 90 peratus.

Sumber : SK

Tags: , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *