Terkini Seremban Diisytihar Zon Merah Covid-19

| March 30, 2020 | 0 Comments

Terkini Seremban Diisytihar Zon Merah Covid-19 | SEREMBAN kini diletakkan sebagai kawasan zon merah Covid-19, kata Pegawai Kesihatan Jabatan Kesihatan Daerah Seremban, Dr Muhammad Hazizi Muhammad Hasani.

Beliau berkata, setakat ini daerah itu merekodkan 107 kes Covid-19 dengan 50 peratus daripadanya membabitkan kawasan Ampangan dan Senawang.

“Seremban adalah lokasi mencatatkan kes Covid-19 tertinggi di Negeri Sembilan setakat ini dan diletakkan dalam kawasan zon merah.

“Hampir 50 peratus daripada jumlah kes berkenaan dari kawasan Ampangan dan Senawang,” katanya di Majlis Pelancaran Program Sanitasi Awam bertujuan membendung rantaian penularan wabak Covid-19, di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, hari ini.

Muhammad Hazizi berkata, orang ramai perlu memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan dalam usaha memastikan rantaian Covid-19 dapat disekat.

“Setakat ini, majoriti orang ramai dilihat mematuhi PKP dan berharap mereka terus memberikan kerjasama sehingga tempoh PKP berakhir pada 14 April ini.

“Amat penting orang ramai berada di rumah masing-masing kerana hanya dengan cara itu wabak ini dapat ditangani,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *