Terkini TIGA Doktor Pakar Indonesia Meninggal Dunia Akibat Covid-19. YA ALLAH. | Wabak Covid-19 bukan melanda Malaysia tetapi juga Indonesia. Terkini 3 doktor pakar Indonesia meninggal dunia akibat Covid-19 dalam tempoh hanya 2 hari. Tak sangka. Baca selanjutnya.

Ramai Lagi Kakitangan Kesihatan Dilapor Positif Covid-19

Tiga doktor pakar di Jakarta yang telah disahkan positif Covid-19 telah meninggal dunia dalam tempoh dua hari.

Pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) dari Bekasi, Jawa Barat meninggal dunia pada hari Sabtu (21/3/2020) di Hospital Persahabatan di Jakarta Timur. Manakala seorang lagi doktor pakar neurologi yang baru berusia 34 tahun meninggal dunia pada hari ini (22/2/2020) di hospital yang sama.

Doktor pakar ketiga yang meninggal dunia akibat Covid-19 adalah seorang pakar bedah berusia 70 tahun dari Bogor, Jawa Barat. Beliau meninggal dunia di Hospital Tentera Gatot Subroto (RSPAD) di Jakarta pada hari Sabtu (21/3/2020).

“Ya, memang benar,” kata Pengerusi Persatuan Perubatan Indonesia (IDI) Daeng Muhammad Faqih kepada The Jakarta Post pada awal pagi tadi, lalu mengesahkan kematian tiga doktor pakar ini.

Jurucakap rasmi dari Hospital Persahabatan Erlina Burhan juga mengesahkan laporan itu.

“Memang benar [doktor ENT dan pakar bedah meninggal pada hari Sabtu]. Cumanya, Pakar bedah itu tidak dirawat di sini tetapi di RSPAD,” katanya kepada Jakarta Post.

Erlina, bagaimanapun, tidak mengesahkan kes neurologi berusia 34 tahun itu.

Pandu Riono, seorang pakar kesihatan awam di Universiti Indonesia dan saudara dekat kepada mangsa yang berusia 70 tahun itu, memberitahu Jakarta Post yang pakar bedah itu merasa sakit dan menunjukkan gejala demam, batuk dan sesak nafas sejak malam Rabu lagi.

Dia segera dihantar ke hospital tempatan dan disambungkan ke sebuah ventilator, dan diletakkan di bilik rawatan ICU.

“Pada hari Khamis, doktor yang merawatnya berkata pakar bedah itu kemungkinan adalah suspek wabak COVID-19 dan Badan Kesihatan Bogor terus menghantar sampel tekak tenggorokannya kepada Badan Penyelidikan dan Pengembangan Kesihatan [Balitbangkes],” kata Pandu.

“Doktor tersebut cuba memindahkannya ke hospital RSPAD atau Hospital Sulianti Saroso, hospital kluster untuk Penyakit Berjangkit tetapi kedua-dua hospital telah penuh dengan pesakit dan lebih kapasiti,” katanya.

RSPAD hanya dapat mengambilnya pada pagi Sabtu tetapi ketika itu keadaannya sudah sangat kritikl dan merosot secara drastik.

Pandu berkata beliau masih belum menerima keputusan daripada Balitbangkes. Bagaimanapun, seorang doktor yang menguruskan sampel di Hospital Tentera Gatot Subroto telah memberitahu keluarga bahawa doktor itu memang positif Covid-19.

Pada hari Jumaat, Gabenor Jakarta Anies Baswedan mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 25 kakitangan kesihatan di Jakarta telah didapati positif wabak COVID-19 dan salah seorang daripada mereka telah pun meninggal dunia akibat penyakit itu.

Sehingga pagi Ahad ini, Indonesia melaporkan sebanyak 450 kes COVID-19 yang disahkan di seluruh negara, dengan 38 kematian.

Sumber: Jakarta Post

Share.

Leave A Reply