Terlanjur Lahir Anak Luar Nikah. Lepas Buat Aqiqah, Layanan Mak Buat Aku Terharu Tak Caya | Seperti yang diceritakan oleh Syed Azmi. Seorang wanita muda terlanjur lahir anak luar nikah. Lari dari keluarga, namun lepas anak lahir, dia terkejut dengan layanan mak yang sukar dipercayai. Sehari selepas buat aqiqah untuk bayinya. Tak sangka. Baca selanjutnya.

TERLANJUR KETIKA BEKERJA

Assalammualaikum, abg azmi. sy ada baca kisah adik yg tengah tunggu waktu utk delivery baby. hampir setahun yg lalu, sy juga seperti dia. tapi sy kerja rumah urut. dan sy terlanjur atas desakan duit. sampai sekarang sy tak ingat siapa ayah pada anak ini.

Sy mengaku itu dosa paling hina sy pernah buat. sy tak pernah pergi checkup even buku pink pun sy tak ada. cuma masa kandungan 33 weeks sy pergi checkup dengan bantuan seorang kawan. checkup di klinik swasta. doktor kata sy ada masa 4 ke 6 weeks due tapi cukup 34 weeks sy dah bersalin di hospital kerjaan. kena perli kena cemuh itu biasa. sy ingat lagi kata2 sindiran seorang nurse, lain kali kalau nak beranak luar nikah lagi tolong buat buku pink.

Mula nya sy niat nak serah kan baby sy pada keluarga angkat. malam sebelum sy sakit nak bersalin, sy jumpa mereka. and that time bila nak bersalin, konon nya nak ke private hospital tp kena reject sebab sy takda buku pink. doktor tal berani ambik risiko. before tu sy ke gov hospital dulu, tapi masa nak register nurse nak kan nombor telefon family mak atau ayah atau siblings.

Sy terus keluar. lepas kena reject dgn private hospital, nak tak nak sy patah balik semula ke hospital kerajaan tadi. hospital yg sama. bila mana nurse tengok muka sy datang semula, tak banyak tanya dia terus register nama sy.

I’ve bad experience with dewan bersalin hospital kerajaan tersebut. di tinggal seorang diri dalam bilik which is sy tak tahu itu ke dipanggil dewan bersalin atau ward. sy tak dibenarkan meneran. disuruh tahan sakit. tapi sy teran jugak sebab dah sakit. 3,4 kali push baby menggelungsur keluar. Alhamdulillah. sangat mudah. sy terpaksa jerit panggil nurse. baby dah keluar, kena marah lagi sebab memandai mandai teran. hahaha. tak habis dekat situ, masa ditolak ke ward, sy masih lagi di aibkan. lebih2 lagi baby sy girl. lagi rumit bila besar nanti. tapi siapa sy utk menidakkan kuasa Allah.

PERANGAI BAKAL KELUARGA ANGKAT BAYI

Berbalik pada keluarga angkat. waktu tengah sakit nak bersalin, sy call bagitahu dah sakit. and dia just cakap pergi lah hospital. sy cakap sy tak tahu nak pergi gov hospital atau private. and she told me yg dia tak mampu nak bayar bills kalau sy nak ke private.

Lepas sy bersalin, dia datang with her husband itu pun lg sepuluh minit waktu melawat nak habis jam 7 ptg. just tanya bila sy boleh keluar and i said lepas jumpa pegawai jkm esok nya.

so keesokkan hari nya, pagi lagi dia call bagitahu akan datang lepas sy jumpa pegawai jkm and dia bagitahu akan settle kan bill hospital yg sy sendiri boleh settle kan.

Malam sebelum tu sy dah fikir panjang. sy fikir habis2. and sy decide utk tidak serahkan anak sy pada dia. tengahari waktu sy disharge, dia dah standby dekat kaunter utk dapat kan borang which is borang utk buat birth of certificate anak sy. tapi atas pertolongan kawan, kami dapat dulu borang tu. ada sikit perebutan dan perbalahan. dia caj sy ingkar dgn persetujuan yg dibuat. tapi sy tegaskan yg sy takda buat apa2 perjanjian bertulis black and white melainkan cuma cakap mulut. dan sy ibu kpd baby. sy berhak utk tarik semula perjanjian. kenapa sy tarik semula perjanjian ? instinct.

Keluarga sy dapat tahu lepas nurse ke rumah mak sy based on alamat dekat ic. hampir sebulan lepas kelahiran. sebab sy tak bawak anak checkup jaundice. sy sorang berpantang. dirumah sewa. berjalan dlm rumah pun sakit2 inikan nak bawak anak ke klinik. tapi injection and vaccine sy tak pernah miss.

BUAT AQIQAH UNTUK BAYI BARU LAHIR

Masuk bulan kedua, sy decide buat akikah anak. kebetulan raya haji. masa tu sy belum berhenti kerja urut. tapi sebab kan sy ada buat bisnes online sikit2. jadi duit bisnes online sy guna utk perbelanjaan akikah anak. pada sy, itu duit halal. sy tumpang kenduri akikah di rumah keluarga kawan sy.

Tiba hari majlis akikah, kuasa Allah swt. mak sy whassap selepas sebulan dia mendiamkan diri lepas tahu sy dah bersalin. sy bagitahu sy tengah uruskan majlis akikah anak. sy ingat lagi ayat mak sy, nanti kakak balik. mak nak tengok cucu. luluh hati sy baca whassap mak. ya sy menangis. selesai majlis akikah, sy terus drive balik rumah sewa. sy tak balik rumah mak sebab dah lewat malam. perjalanan dari tempat sy buat akikah anak ke rumah sewa sy lebih kurang 3 jam. sy drive dan cuma berdua dengan anak. Allah melindungi perjalanan kami. even bertolak balik selepas maghrib dan sampai rumah jam 11 mlm, lalu pulak kebun sawit, jalan takda highway. anak sy langsung tak meragam.

LAYANAN MAK YANG MENGEJUTKAN

Esok nya sy balik rumah mak sy. tak jauh. lebih kurang setengah jam. sampai je, for the first sy salam and minta ampun dengan mak.

Luckily mak sy bukan jenis buang anak walau pun saudara mara mengata sy. sampai hari ni mak sy sayang sangat cucu dia yg ni.

X bulan berlalu. bersyukur sangat sebab mana pun pergi, semua sayang anak sy walau ada jugak keluarga yg belum dapat terima dia. tapi kasih sayang yg dia dapat dr org luar sangat buat sy terharu. dan sy lebih banyak menumpang rezeki dia.

Sy tak minta kisah sy di publishkan. cuma sy minta sangat abg azmi sampai kan pada adik tu.

kita ibu yg melahir kan. semua nya atas kita. yg mencorakkan anak itu pun dari tangan kita, ibu nya. jaga lah sebaik mungkin. soal lelaki, soal kahwin jgn difikir sangat. tak perlu tunggu dia (bf) bersedia atau tak. serahkan urusan jodoh pada yg diatas.

anak ni tak salah apa pun. yg berdosa kita. kalau ada niat nak serah pada org, fikir habis2 dulu. sy sampai sekarang menyesal dgn tindakan sy dulu yg hampir2 nak serah pada org. dan bila sy teringat balik, sy akan hug anak sy kuat2. dia lah kekuatan sy. dan sy berjanji takkan sesekali sy sia2 kan anak sy.

Terima kasih memberi kepercayaan kepada saya untuk berkongsi.

Sumber: FB Syed Azmi

Share.

Leave A Reply