Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Terpaksa Kibar Tudung Sekolah Sebab Putus Bekalan Makanan. | MELAKA: Seorang ibu tunggal empat anak terpaksa mengibarkan bendera putih menggunakan tudung sekolah selepas mereka sekeluarga terputus bekalan makanan, sejak semalam di Taman Merdeka di sini.

Norwaheda A. Rahim, 40, berkata, episod pergelutan keluarganya bermula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu apabila hilang sumber pendapatan menjual kuih-muih di kawasan perumahan berkenaan.

Katanya, dia dan empat anaknya berusia 15, 10, 9 dan 2 tahun kemudian mengisi perut dengan ihsan jiran tetangga, selain mengutip buah-buah mangga yang gugur di kawasan awam di tepi jalan.

“Sebelum ini saya kutip buah-buah mangga yang gugur di tepi jalan, ada juga yang menghulurkan sumbangan dan digunakan untuk membeli telur dan sardin.

“Pelbagai jenis masakan saya buat menggunakan lauk sama termasuk telur sambal, telur masak lemak, telur kicap. Namun, semalam memang kami sudah tidak ada apa-apa untuk dimakan, sehinggalah ada yang beritahu saya untuk kibarkan bendera putih,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini.

Turut hadir menyantuni dan memberikan bantuan Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Masyarakat Ketua Menteri, Muhammad Ayyad Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Alex Seah Shoo Chin.

Jelas Norwaheda, meskipun berdepan masalah kewangan, tiga daripada anaknya tetap bersekolah dan kini menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Katanya, tindakan mengibarkan bendera putih itu disedari seorang anggota polis unit peronda yang melalui kawasan perumahan itu kira-kira 15 minit kemudian.

“Saya tidak sangka, selepas polis itu maklum dengan keadaan kami sekeluarga, ramai yang datang menghulurkan bantuan.

“Rumah ini juga bukan milik kami tetapi seorang rakan saya yang tidak lagi menetap di Melaka dan mengizinkan kami berteduh di sini. Namun, rumah ini tidak mempunyai bekalan air, mahupun elektrik selama tiga tahun,” jelasnya.

Tambahnya, dia hanya mengambil bekalan air di surau berhampiran menggunakan tong kecil dan terpaksa berjimat.

Sementara itu, Muhammad Ayyad berkata, Lembaga Perumahan Melaka (LPM) akan menyediakan sebuah rumah di Rumah Pangsa Kampung Padang untuk keluarga tersebut dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk Bantuan Kanak-Kanak (BKK).

“Kita akan bantu pindahkan keluarga ini dalam tempoh tiga minggu lagi, malah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) juga akan membantu dari segi bayaran bulanan rumah dan sebagainya,” katanya.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply