Ahli Parlimen Kedah Langgar SOP Kini Dalam Siasatan | Pihak polis negeri Kedah telah membuka kertas siasatan susulan tularnya gambar seorang ahli parlimen di negeri ini. Ahli Parlimen itu dikatakan telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Kedah Langgar SOP Kini Dalam Siasatan

Ahli Parlimen itu juga merupakan seorang yang bergelar Datuk di negeri ini. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya membuka siasatan berhubung kes itu mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.

Kertas siasatan berkenaan kejadian itu telah dibuka, beberapa orang saksi juga akan turut dipanggil untuk membantu siasatan. Dalam gambar yang tular di laman sosial, Ahli Parlimen terbabit dilihat duduk bersila di atas meja sambil berbual bersama beberapa individu secara terbuka.

Orang ramai mempertikai tindakan Ahli Parlimen terbabit kerana negeri ini masih dalam tempoh PPN Fasa Satu yang tidak membenarkan sebarang bentuk perhimpunan atau majlis keramaian.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply