Perdana Menteri Stabil Dan Masih Jalani Rawatan Di Hospital Akibat Jangkitan Sistem Penghadaman | Negara baru-baru ini telah digemparkan dengan berita berkenaan perdana menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengalami diarea dan dikejarkan ke hospital. Kini laporan terkini berkenaan beliau telah dilaporkan stabil.

Perdana Menteri Stabil Dan Masih Jalani Rawatan Di Hospital Akibat Jangkitan Sistem Penghadaman

Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada dalam keadaan yang stabil dan bertambah baik selepas dimasukkan ke hospital pada rabu lalu. Dia telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami masalah iaitu jangkitan di sistem penghadaman.

Pejabat Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa perdana menteri telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi. Berdasarkan pemeriksaan itu, tiada sebarang bukti menunjukkan bahawa masalah tumor lama yang dihadapi beliau sebelum ini berulang kembali.

Perdana Menteri kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena, atas nasihat doktor yang merawat. Beliau juga dalam keadaan yang stabil serta bertambah sihat dan dibenarkan untuk bertugas dalam tempoh rawatan. Beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam beberapa hari lagi.

Rabu lalu, Perdana Menteri dimasukkan ke hospital di ibu negara bagi menerima rawatan dan pemantauan selepas mengalami diarea sejak Selasa. Beliau yang juga bekas pesakit kanser menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di pankreas pada Julai 2018 dan menjalani sesi kemoterapi sebelum disahkan pulih sepenuhnya.

Pejabat Perdana Menteri berkata, Muhyiddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatannya.

Share.

Leave A Reply