Tetamu Tak Diundang Ketuk Pintu Rumah. Besar Dan MENYERAMKAN.

| July 9, 2020 | 0 Comments

Tetamu Tak Diundang Ketuk Pintu Rumah. Besar Dan MENYERAMKAN. | Siapa yang tak takut kalau haiwan berbisa menjengah depan rumah. Apatah lagi jika ular tedung yang panjang datang melawat di hadapan pintu. Cemas dibuatnya.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalaman dilawati makhluk berkenaan. Menurut Zul, dia menyangka ada tetamu yang datang apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu, namun sangkaannya meleset melihat haiwan berkenaan di depan mata.

Dalam gambar dikongsikannya, kelihatan ular tersebut melingkar berhampiran kolam hiasan di rumahnya. Malah, haiwan itu juga dilihat ‘berdiri’ di hadapan pintu kaca rumah tersebut.

Allahuakbar. Dia suka sungguh duk tempat sejuk. Tak tau nak bagitau la kalau buka-buka pintu dia dok sila panggung tepi kita.

Duduk ketuk pintu rumah, ingatkan tetamu. Allahuakbar.. Mintak jauh la benda-benda macam ni.

Hati-hati noh hampa (anda) semua, tempat-tempat sejuk ni dia cukup suka.

Sumber : Siakap Keli & Zul Agro Tani

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *