Aku Perampas Suami Orang | Salam kepada semua pembaca IIUM CONFENSION. Aku sangat memerlukan pertolongan dari kalian. Dan aku kira ini adalah untuk kali terakhir aku meminta pertolongan untuk membantu diri aku yang jauh tersesat.

Ya aku antara hamba Allah yang jauh tersesat dan bergelumang dengan dosa
maksiat yang memusnahkan hidup aku sebagai seorang perempuan. Harap
admin dapat share kisah ini untuk tatapan wanita dan lelaki di luar sana.

Ya aku lah perempuan yang suka merampas suami orang. Korang semua memang
tak silap baca. Sama ada yang belum berkahwin, dan yang sudah pun
berkahwin semestinya akan sakit hati bila membaca tajuk kisah aku ini.

Aku lebih selesa dan suka bersama dengan suami orang lebih dari lelaki
bujang walaupun aku boleh dapat mana mana lelaki bujang yang aku
mahukan. Aku di sini hanya mahu meluahkan kisah hidup aku di sini,
kerana tiada seorang pun yang tahu akan diri aku yang sebenarnya.

Aku datang dari keluarga yang sederhana. Aku sulung dan punya adik adik
yang masih bersekolah. Keluarga aku pernah berpecah belah dik kerana
orang ketiga. Hahaha, kelakar kerana sekarang aku pula yang jadi begitu.
Tetapi itu kisah beberapa tahun yang lepas.

Alhamdullilah ayah aku dah berubah sejak beberapa peristiwa yang tak
dapat aku kongsikan di sini. Tetapi aku sangat terkilan dan sedih saat
melihat mak aku menderita kerana ayah aku pasang perempuan lain.

Perempuan dari seberang pula tu. Aku sumpah tak boleh terima perbuatan
ayah aku ketika itu. Mak aku jadi kurus kering menangisi segala
perbuatan ayah aku.

Aku sedih bila kenangkan kembali. Tetapi tidak apalah benda sudah lama
berlalu, tetapi benda sudah berlalu pun berjangkit pula kepada aku.
Hahaha, sadis.

Aku berumur 26 tahun dan tak punya apa apa. Latar belakang hidupku biasa
sahaja. Bekerja pun biasa biasa sahaja. Aku tiada apa untuk dibanggakan
sebagai anak sulung kepada kedua orang tuaku.

Aku tidaklah pandai sehingga berjaya menggengam segulung diploma apatah
lagi ijazah. Kelayakan aku hanyalah setakat SPM saja. Aku kadang
merasakan yang aku tidak berguna sebagai seorang perempuan dan anak
sulung kerana aku tidak dapat membuat kedua orang tuaku bangga.

Tidak sekali pun aku pernah buat ibu dan ayah bangga akan diriku. Dan
bila mengetahui sepupu sepapat berjaya melangkah ke universiti dan
banggakan makcik pakcik aku keyakinan aku terus merudum.

Aku jadi tak suka hendak bergaul dengan keluarga di sebelah ayah mahupun
ibu. Aku rasa terpinggir bila berada bersama dengan keluarga besar ayah
mahupun ibu.

Aku tersesat di usia remaja. Pergolakan rumah tangga ibu dan ayah punca
aku jadi liar. Aku bebas ke sana ke sini dengan mana mana lelaki yang
ketagihkan tubuh badan aku.

Aku b***h ketika itu. Aku tersangatlah b***h. Kenapalah aku b***h ketika
itu merelakan saja untuk kesedapan yang hanya sementara? Dan benda tu
menjadi perkara biasa dan aku mula ketagih untuk selalu melakukannya.

Aku telah meniduri seramai lebih berbelas lelaki berbeza selama hidup
aku. Ya aku tahu aku ni perempuan kotor dan murah. Aku buat kerana atas
dasar suka sesama sendiri.

Dan aku baru tersedar akan hal ini kerana aku mula merasakan bahawa
lelaki yang ingin mengenali aku hanyalah mahukan kesedapan sementara
dengan aku. Tapi aku pun bersalah juga dalam hal ini kerana aku suka dan
merelakan sahaja.

Aku mula bersalah kerana sering kali aku menipu dan memperb***hkan orang
tua aku dengan alasan keluar tidur rumah kawan perempuan aku lah apa lah
padahal aku keluar dengan lelaki lain untuk check in di hotel.

Aku jahat terkadang aku menangis seorang diri bila teringatkan yang aku
ni menipu dan memperdayakan ibu dan ayah yang percayakan diri aku ni.

Ibu dan ayahku hanya bekerja biasa dan itu tidak cukup untuk menyara
tiga lagi di bawah aku. Tetapi alhamdullilah makan pakai cukup dan aku
tidak lupa untuk memberi wang setiap bulan kepada kedua ibu bapaku.

Terkadang aku culas memberi dan aku mula merasakan yang diri ini tidak
berguna kerana tidak mampu membahagiakan ayah dan ibu.

Seumur hidup aku di dunia ini aku tidak pernah solat. Aku tidak tahu
bersolat langsung. Tidak pandai mengaji pun satu hal. Aku pernah cuba
untuk ke arah itu tetapi sering kali terbabas.

Aku anggap Allah tidak suka akan aku dan benci akan aku, oleh sebab itu
dia tidak memudahkan urusan aku untuk ke arah yang lebih baik. Allahu.
Aku selalu bersangka buruk kepada Allah.

Sungguhpun begitu aku bukanlah seperti gadis lain yang berhibur di kelab
malam, pakai pakaian s3ksi, minum arak, merokok, dan mengambil benda
terlarang. Aku tidak pernah sentuh benda tu semua.

Tetapi perkara yang paling dilaknat Allah pulak yang aku berani buat.
Sedih sungguhkan jadi aku?

Aku boleh dikatakan sebagai seorang yang ada rupa berikutan kata kata
wanita di sekeliling yang sering kali memuji aku cantik.

Aku diterima bekerja di sebuah syarikat swasta yang mengambil aku
bekerja di situ sebagai seorang kerani. Rata rata di syarikat tersebut
penuh dengan kaum lelaki dan bilangan kaum wanita boleh dikira dengan jari.

Ada pun yang bujang adalah termasuk aku dan dua tiga perempuan yang
lain, manakala yang sudah berkahwin lebih ramai dari kami yang bujang.

Kaum lelaki di sana pun begitu, tidak ramai yang bujang, rata rata
mereka pun sudah berkahwin. Yang bujang pun sama seperti kaum perempuan,
boleh dikira dengan jari sahaja.

Maka bermulalah segalanya di syarikat tersebut. Ya segalanya bermula
sejak aku bekerja di syarikat tersebut sehingga sekarang. Aku mula
mengenali seseorang yang aku gelarkan sebagai Adi.

Adi punya perwatakan yang sangat baik, sopan, warak, tidak lokek dengan
senyuman, dan sangat peramah dengan semua orang. Semua orang suka dan
senang dengannya. Tetapi hanya aku yang mengenali dirinya yang sebenar
benarnya.

Suatu hari aku menegur dia ketika dia datang untuk mengambil dokumen di
meja aku. Aku pun menegur dia dengan mengatakan yang dia cute.

Dia terkejut dan serta merta jadi blushing bila aku puji je dia macam
tu. Sempat dia gelak dan berkata pada aku, ”Hahaha wow terima kasih. You
nak ngorat I ke ni? Tapi I dah kahwin lah. You tak kisah ke? Hahaha.”

Aku masih cuba berlagak biasa dan tak terasa lagi nak ke arah itu dengan
dia. Tetapi bila dah bertukar nombor atas urusan kerja, kami berdua
tidak dapat mengelak dari berbalas whatsapp yang bukan melibatkan hal kerja.

Sejak dari itu kami jadi rapat dan mula bersayang sayang seperti
pasangan kekasih. Dia juga tersangatlah romantik dengan memberi aku
pelbagai hadiah dan buat aku rasa disayangi.

Tak lama tu aku dan dia berani keluar senyap senyap bersama. Tapi itu
pertama dan terakhir kalinya. Puncanya pun aku tidak ingat apa tetapi
aku dan dia tak pernah bergaduh dan dia pun seakan pelik dengan aku yang
tiba tiba tidak mahu keluar bersamanya.

Tapi kami okay je sampai sekarang dan adakalanya bermesej, cuma tidak
bersayang sayang seperti dulu. Dan dengan dia juga kami melalukan
perkara yang ringan ringan di dalam kereta.

Aku fikir aku sudah muak dan bosan dengan dia bila aku mula kenal dengan
seseorang yang datang bekerja di tempat aku. Aku gelarkan dia Faizal dan
pada mulanya aku fikir dia bujang dan dia pun tidaklah memberitahu aku
status diri dia yang sebenarnya.

Perempuan kan kalau nak tahu sesuatu perkara akan dicarinya sampai ke
lubang cacing. Aku mencari nama beliau di facebook dan tadaa aku jumpa.
Dia sudah berkahwin dan mempunyai anak seorang. Aku tak rasa marah dan
aku okay saja.

Walaupun aku sudah tahu akan status diri dia yang sebenarnya aku
sehingga sekarang berpura pura tidak tahu yang dia adalah suami orang.
Dengan Faizal aku beberapa kali terlanjur dengan dia di rumah sewanya.
Nafsu memang sukar untuk dikawal dan ditolak.

Aku tidak pernah serik akan apa yang aku lakukan. Walaupun aku sering
kali berfikir yang benda ni mungkin akan jadi pada diri aku yakni bila
aku dah berkahwin, pun aku tidak hairan dan tidak takut.

Sehingga ke hari ini pun aku masih lagi contact Faizal tetapi tidak
keluar bersama lagi. Perkara itu berlanjutan sehingga beberapa tahun di
mana aku masih contact suami orang dan buat suami orang angau akan aku.
Aku suka akan perasaan itu. Aku tidak rasa bersalah langsung ketika itu.

Oleh sebab itu aku dahagakan kasih sayang yang sebenarnya dari seorang
insan yang benar benar serius dan sayangkan aku. Aku tak lagi mencari
yang bujang untuk menghabiskan masa terluang aku.

Aku mula terjebak dengan kasih suami orang. Mereka lebih menghargai diri
aku dari lelaki lelaki bujang di luar sana.

Tetapi dalam pada masa yang sama aku menjalinkan hubungan suka sama suka
dengan seorang lelaki bujang yang sudah lama aku pendam perasaan
padanya. Kami berhubungan seperti pasangan suami isteri dengan pergi
melancong dan check in setiap hujung minggu.

Sekali lagi aku b***h. Aku menganggap dia adalah pasangan kekasih aku
dan aku menekankan kepada diri aku bahawa dia adalah boyfriend aku
tetapi tidak dia. Dia hanya menganggap aku dan dia sebagai “partner in
crime.”

Aku tersangat malu dan sangat kecewa kerana aku betul betul merasakan
yang kami betul betul sedang bercinta. Ramai tahu akan hubungan mesra
kami ketika itu tetapi sekarang aku dan dia tidak bertegur seperti dulu
dan masing masing membawa haluan sendiri.

Fast forward aku berkenalan lagi dengan suami orang. Dan kali ini dia
serius dengan aku dan tidak pernah meminta untuk berbuat yang bukan
bukan dengan aku. Aku yang mengada ngada menggoda dia hingga kami
akhirnya check in di hotel.

Tetapi kami tidak terlanjur ketika itu kerana dia berfikir yang dia
takut kalau kemungkinan besar aku akan mengandung. Kami pun tak jadi
untuk meneruskan dan hanya berbual biasa.

Dia jadi suka bila melihat aku bertudung dan tidak berapa suka aku
freehair. Dia tidaklah seperti lelaki miang di luar sana yang kerap
bermesej lucah.

Dia sebolehnya mahu menjaga aku dan sering kali menasihati aku agar
tidak terlalu s3ksi dan mengingatkan aku tentang hal yang lain. Aku jadi
suka akan sikap dia yang caring pada aku.

Beberapa hari selepas itu dia mula serius dengan aku dan minta masa
untuk menghalalkan aku dek kerana hubungan dia dan isteri dia yang
bermasalah.

Mereka tak lagi duduk bersama untuk beberapa bulan dan itu membuatkan
dia mengambil keputusan “berkawan” dengan aku. Isteri dia lebih banyak
menghabiskan masa di rumah sendiri dan dia hanya tinggal seorang diri di
negeri lain.

Aku sangat berharap perhubungan ini akan menjadi kerana aku sudah penat
“mencari” dan aku jugak mahu berubah ke arah yang lebih baik.

Akan tetapi aku takut benar perkara yang aku lakukan ini akan berbalik
kepada diri aku. Aku tidak dapat mampu berfikir akan perasaan aku kalau
benar ianya akan terjadi suatu hari nanti.

Untuk kaum wanita dan para isteri di luar sana, pasti menyirap baca
confession dari aku. Aku sudah mula rasa bersalah akan hal ini. Aku
betul betul maksudkanya. Doakan yang terbaik untuk aku walaupun aku
tidak layak untuk berada dalam doa kalian.

Aku cuma hambaNya yang mahu keluar dari gelumang dosa yang tidak
tertanggung ini. Dan aku juga perlahan lahan cuba memperbaiki cara hidup
aku. Aku undur diri dan terima kasih sudi baca luahan kisah hidup aku.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

 

Kredit : IIUM COnfessions

 

Share.

Leave A Reply