Tiada Keperluan Bantuan Interpol, Nadir Akan Beri Kerjasama Dengan PDRM | Seorang pendakwah terkenal, Nadir Al-Nuri telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung satu laporan polis melibatkan seorang pendakwah terkenal tanah air, Ustaz Ebit Lew, baru-baru ini.
Menerusi kenyataan tersebut di Facebooknya, pihak peguam Nadir Al Nuri mengatakan bahawa tiada keperluan untuk meminta bantuan Interpol bagi mengesan anakguam mereka itu kerana mendakwa ada beberapa anggota polis mengetahui di mana Nadir berada.
Tambahnya lagi, anakguamnya itu bersedia memberikan kerjasama penuh di dalam apa jua siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia malah semua pihak termasuk pihak polis yang mengetahui bahawa beliau sekarang berada di Gaza, Palestin.
Kenyataan tersebut turut menyebut bahawa Nadir kini sedang melanjutkan pengajian beliau di Gaza serta melaksanakan pelbagai aktiviti melibatkan masyarakat sivil di Gaza bagi menguruskan bantuan yang disalurkan oleh masyarakat di Malaysia.
Terdahulu, dilaporkan PDRM memohon bantuan pihak Interpol untuk mengesan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman serta Caprice.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tindakan itu diambil selepas polis gagal mendapatkan maklum balas daripada kedua-duanya berhubung tarikh untuk merakam percakapan mereka.
Sumber: Facebook