Tiada Lagi Syarat Penjarakan Saf Untuk Solat Jemaah Di Masjid, Surau | Khalifah Media Networks – Kerajaan bersetuju bahawa aktiviti keagamaan tidak lagi perlu melaksanakan penjarakan sosial. Ini termasuklah aktiviti solat berjemaah di masjid atau surau, bermula 1 April nanti apabila negara memasuki fasa peralihan endemik.
Bagaimanapun, arahan baharu ini tertakluk kepada majlis agama negeri masing-masing memandangkan urusan pentadbiran agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Sumber : RTM