Tiada Lagi ‘Walk-In’ Untuk ‘Renew’ Passport, Buat ‘Online’ Sahaja! Ini Caranya.. | Kerajaan telah menyatakan bahawa mulai 11 Mei 2022 ini, orang ramai tidak boleh renew passport secara walk-in.
Dua tahun kita dilanda pandemik Covid-19, akhirnya kita menuju fasa endemik. Pasti ramai memasang cita-cita ingin melancong ke luar negara.
Untuk yang ingin melancong ke luar negara, kini passport tidak lagi boleh diperbaharui secara walk-in. Bermula 11 Mei 2022, segala urusan untuk renew passport hanya boleh dilakukan secara atas talian.
Perkara ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna twitter, Anis Suraya. Menerusi ciapannya, Anis berkongsikan mengenai cara-cara untuk perbaharui passport secara online.
Mari ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Korang tahu tak start 11 Mei haritu, kalau nak renew passport kena renew online je. Walk-in dah tak boleh!
Walk-in just boleh untuk first time permohonan, warga emas, OKU, kanak kanak, hilang & rosak je.
CARA RENEW PASSPORT ONLINE ⬇️ pic.twitter.com/KEdp2RKYtB
— AS (@anisssurayaaa) May 17, 2022
Seterusnya, Anis menunjukkan cara-cara untuk membuat permohonan dan pembaharuan passport.
1. Buka portal ni > imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPa…
2. Click ‘SETUJU’ lepas dah baca T&C.
3. Isi semua maklumat. Nak senang korang ready siap siap passport lama tu senang nak refer.
4. Nanti ada list pejabat yang korang boleh pilih untuk pickup passport.
Bila korang boleh pickup passport tu? Tu nanti sistem akan tentukan based on hari & masa korang renew. If korang renew before pukul 3 petang hari bekerja, boleh dapat dalam hari yang sama.
Anis turut berkongsi maklumat mengenai format gambar yang diperlukan untuk proses pembaharuan.
5. Upload gambar ikut kriteria yang ditetapkan:
– Background wajib colour putih
– Pakaian colour gelap
– Untuk perempuan bertudung, wajib pakai tudung colour gelap
– Upload softcopy ya. Jangan guna gambar polaroid)
Anis turut berkongsi harga yang perlu dibayar untuk proses pembaharuan serta dokumen yang perlu dibawa sewaktu mengambil passport di pusat yang ditetapkan.
6. Buat payment guna credit card/direct debit (FPX)
– Permohonan Biasa (13 – 59 tahun): RM200
– Warga Emas (60 tahun ke atas): RM100
Make sure simpan resit! Untuk pickup, korang yang kena pegi pickup sendiri ya. Tak boleh wakil! Nanti kena tunjuk IC, passport lama & resit payment. Untuk pemohon bawah 18 tahun, kena pickup bersama penjaga & bawak sijil lahir.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan memudahkan proses untuk semua pihak. Kita mudahkan urusan orang, urusan kita juga akan dipermudahkan.
SUMBER : SK