Tiket Penerbangan Termasuk Kos Caj Kuarantin

| May 10, 2021 | 0 Comments

Tiket Penerbangan Termasuk Kos Caj Kuarantin | Kuarantin merupakan salah satu norma baharu yang berlaku di dalam negara. Sesiapa yang baru sahaja tiba dari luar negara akan dikuarantin dalam tempoh tertentu bagi mengelakkan penularan virus covid-19 sekiranya ada diantara mereka positif ataupun dikhuatiri sebagai pembawa.

Tiket Penerbangan Termasuk Kos Caj Kuarantin

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA) Arab Saudi semalam telah mengumumkan pelaksanaan prosedur baharu kemasukan bukan warganegara ke negara itu susulan kenyataan Kementerian Dalam Negeri mengenai prosedur kuarantin di pusat kuarantin ditetapkan.

Menerusi surat pekeliling kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di negara itu, GACA berkata, semua pelawat yang tidak divaksin perlu menanggung kos kuarantin di pusat kuarantin yang akan dimasukkan dalam harga tiket mereka.

GACA meminta syarikat penerbangan untuk memastikan semua pengembara berusia lapan tahun ke atas membawa sijil ujian saringan COVID-19 yang diluluskan Arab Saudi tidak melebihi 72 jam daripada penerbangan yang dijadualkan.

Manakala pelancong yang bukan merupakan Arab Saudi yang sudah menerima dos penuh vaksin yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dibenarkan untuk masuk ke dalam negara itu tanpa perlu dikuarantin. Namun mereka perlu mematuhi syarat untuk menunjukkan sijil vaksinasi rasmi sebelum dan ketika ketibaan mereka.

Pihak berkuasa mewajibkan syarikat penerbangan untuk menandatangani kontrak kemudahan penginapan yang dipersetujui oleh Kementerian Pelancongan untuk menampung pelancong dikuarantin untuk tujuh hari.  Kementerian Dalam Negeri negara itu dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan bahawa kesemua pelawat yang belum divaksin dari negara yang tidak disekat kemasukan mereka akan diletakkan di pusat kuarantin bagi membendung penularan COVID-19.

Langkah itu yang akan berkuat kuasa pada 20 Mei mewajibkan semua pelancong yang tidak divaksinasi untuk mematuhi prosedur kuarantin untuk tempoh tujuh hari dan mendapatkan dokumen insurans kesihatan yang sah.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *