Tindakan Lanjut Tidak Diambil Terhadap Guru Berkenaan Gurau Rogol | Pihak polis kini telah mengesahkan bahawa mereka dilaporkan tidak menerima notis untuk mengambil tindakan lanjut untuk dikenakan terhadap seorang guru yang didakwa bergurau secara keterlaluan seakan-akan menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol, baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menerusi Sinar Harian, pihaknya telah menerima notis tiada tindakan lanjut (NFA) dari Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu.
Kejadian yang berlaku pada 24 April lalu dikaitkan dengan seorang guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah di Selangor kerana didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol ketika dalam sesi pendidikan tersebut.
Hal ini telah menyebabkan seorang pelajar berusia 17 tahun, Ain Husniza mendakwa pada mulanya pelajaran tersebut berjalan dengan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan tersebut.
Namun secara tiba-tiba, dia mendakwa bahawa guru tersebut seolah-olah melakukan gangguan seksual secara halus apabila dia mula bergurau dan mula bercakap lucah ketika sesi pembelajaran subjek itu dijalankan.
Tambah Ain Husniza, semua pelajar perempuan tidak memberikan reaksi terhadap gurauan itu dan mendiamkan diri namun ia disambut dengan gelak ketawa pelajar lelaki.
Sumber: Sinar Harian