Tinggal Gaji Mewah Luar Negara, Dua Pemuda Nekad Ternak Itik Buat Telur Masin | Walau peroleh gaji mewah bekerja di luar negara, dua pemuda ni nekad berhenti untuk mengejar cita-cita menjadi usahawan telur masin. Ikuti kisah dua pemuda Melayu berani ni. Berani macam usahawan Mr Asborber. Support #BMF.
Tinggal kerja Akauntan, Ceburi Bisnes
Dua anak muda, Muhammad Hasni Ahmad dan Syed Muhammad Aiman Syed Zainal Abidin sanggup meninggalkan gaji mewah demi mencapai cita-cita menjadi usahawan ternah itik telur masin berjaya.
Menurut Hasni, 23, perniagaan bermodalkan duit sendiri sebanyak RM25,000 itu diusahakan sejak Julai lalu dengan 430 ekor itik yang dibeli dari Kota Bharu, Kelantan.
Bekas akauntan itu berkata, mereka merancang untuk memenuhi pasaran pembeli dan peminat telur masin terutamanya di Terengganu dan pantai timur.
“Walaupun perniagaan itik yang diceburi ini dilihat agak kekampungan, kami tidak mengambil isu tersebut sebagai penghalang untuk berjaya.
5 Bulan Usaha, Dapat Hasil
“Alhamdulillah sebagai permulaan dalam masa lima bulan memulakan kerjaya, kami sudah dapatkan hasilnya,” ujar Hasni.
Menurut Hasni lagi, usaha seterusnya ialah untuk mencapai sasaran bagi memenuhi permintaan orang ramai.
“Minat dan usaha yang bersungguh-sungguh adalah salah satu jaminan untuk membuktikan kejayaannya dalam perusahaan ini. Tambahan pula, telur itik ini mudah diuruskan,” katanya.
Sementara itu, Syed Muhammad Aiman, 23, pula berkata, hasil kesabaran kini mereka juga sudah mempunyai syarikat sendiri iaitu Ladang Itik Anugerah Fun.
Tinggalkan Kerja di Australia
Dia yang sebelum ini bekerja di Syarikat Northstar Engineering PTY LTD, Australia percaya perniagaan yang dijalankan secara teratur akan berkembang dengan baik dari semasa ke semasa.
“Dengan keluasan ladang itik ini dalam setengah ekar kami yakin ia akan melebar suatu hari nanti, dalam pada itu, kita ada kolam ikan ‘sepuyu’ dan keli.
“Walaupun kecil kita berusaha juga untuk adakan syarikat sendiri. Kita nak lakukan perniagaan ini secara teratur, jual telur mentah dan masin,” tambah beliau.
PS – Alhamdulillah semakin ramai Melayu Islam yang berani ceburi bidang keusahawanan ni. Lebih banyak mereka ni kaya, lebih banyak zakat dikeluarkan dan lebih banyak ruang pekerjaan akan dibuka. Sama-sama kita support mereka. Bertindak segera, tekan SHARE supaya lebih ramai mendapat inspirasi.
Sumber: Teganukita