Resepi Cara Buat Pancake

| December 14, 2019 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Pancake | Hai, assalamualaikum semua. Pagi-pagi korang sarapan apa ja? Kami teringin pula nak makan pancake. Pancake yang sedap lembut macam dengan pancake yang beli di Mc Donald tu. Tapi takkan lah hari minggu pun nak sarapan pancake di mcd kan. Kami cadang buat sendiri saja di rumah lagi bagus. Tak perlu dah menghabiskan minyak kereta pergi jauh-jauh semata-mata nak cari pancake lembut macam tu. Jom tengok bahan-bahan buat resepi pancake oleh khairulaming yang kami nak kongsikan ni.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum (2 cups all purpose flour)
  • 2 biji telur (2 eggs)
  • 3 sudu mentega yg dicairkan (3 tbsp butter – melted)
  • 1 sudu tepung penaik (1 tbsp baking powder)
  • Sedikit garam (a pinch of salt)
  • 3 sudu gula (3 tbsp sugar)
  • 1/2 cawan susu segar (1/2 cups fresh milk)
  • 1 sudu kecil esen vanila (1 teaspoon vanilla extract)
  • Maple syrup for dressing (or honey)

Cara-cara Masak Resepi Pancake:

  1. Ayakkan 2 cawan tepung gandum ke dalam mangkuk.
  2. Pecahkan 2 biji telur.
  3. Tuang 3 sudu mentega yang dicairkan.
  4. Tambah 1 sudu tepung penaik.
  5. Letakkan sedikit garam dan tambah 3 sudu gula.
  6. Masukkan 1/2 cawan susu segar dan 1 sudu esen vanilla.
  7. Gaul semua bahan hingga sebati.
  8. Panaskan kuali (non-sticky pan) dan buka api yang kecil.
  9. Tuangkan adunan yang sudah siap ke dalam kuali (non-sticky pan).
  10. Masak kedua-dua permukaan pancake.
  11. Setelah siap, susun pancake secara bertindih di atas pinggan.
  12. Tuangkan sirap maple atau madu diatasnya.

 

Okay siap pun sarapan kami. Sedapnya dapat makan pancake ni masa masih panas. Korang pun dah tahu kan cara buat resepi pancake ni. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Kami dah sediakan video resepi buat korang rujuk dan selamat menonton.

Video Cara Buat Resepi Pancake:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

Tags: , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *