Doktor Ini Ajar Resepi Buat Sambal Rambutan Luar Biasa | Kini, pelbagai inovasi terhadap makanan telah dilakukan. Ia membuatkan begitu unik bagi orang Malaysia untuk mencubanya. Baru-baru ini, seorang doktor yang agak dikenali dalam kalangan warga Facebook, telah berkongsi cara-cara membuat sambal rambutan. Ikuti perkongsian beliau di bawah

Doktor Ini Ajar Resepi Buat Sambal Rambutan Luar Biasa

Tengah banyak rambutan ni! Dah puas minum air rambutan, makan jem rambutan, tapi rambutannya masih banyak lagi. Apa kata kita buat sambal pulalah!

Sambal Rambutan by Kamarul Ariffin Nor Sadan

Bahan-bahan: (2-3 orang)

25 biji rambutan
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah(kecil)
1 genggam ikan bilis
1 biji limau kasturi
Garam secukup rasa

Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat #DapurKAN kali ni!

Rambutan ni dah siap kupas. Berbekas-bekas. Kita nak beri jiran, jiran pula nak beri kita. Haha! Masing-masing ada stok rambutan yang berlebihan.

Buang biji rambutan, dan isinya kita siat kecil-kecil. Boleh buang biji dengan kupas isinya dengan jari, atau guna pisau kalau isi dia jenis tak lekang dari biji.
Potong cili macam ni. Bawang merah dan bawang putih tak payah potong. Kita nak tumis dia besar-besar begini. Apa nama penggesek cili tu? Nama dia cobek! Boleh beli dekat Shopee 👉🏼 https://shp.ee/m8gnsh2
Tumis cili, bawang merah dan bawang putih sampai bahan-bahan ni jadi lembut dan wangi. Guna api sederhana supaya tak geseng luarnya.
OK ni ikan bilis! Ini kita kena goreng sampai garing. Jadi kena cuci bersih dan keringkan betul-betul sebelum goreng. Barulah boleh garing dan rangup. OK, campak sekali dalam kuali dengan cili.
Bila bilis dah garing dan bahan lain tu dah lembut. Angkat dan toskan lebihan minyak. Rehatkan bahan ni. Beriasa ikan bilis tadi sejuk sedikit dan menjadi rangup.
Sekarang kita boleh gesek bahan-bahan ni guna cobek. Bilis tu akan berbunyi keriuk-keriul bila digesek. Cili dan bawang akan dilenyek dengan mudah.
Jadilah macam ni! Kalau makan macam ni pun dah mengancam sebenarnya, tapi hero kita hari ni adalah rambutan. Jadi harap bersabar!
Satukan rambutan dan sambal gesek bilis tadi. Gaul semuanya sampai sebati. Saya cuba sedikit apa yang kurang. Bilis saya tak masin, jadi kena tambah garam.
Letak sesikit garam. Nak letak belacan pun boleh. Cencaluk atau budu pun boleh je. Itu semua sumber kaya dengan umami. Baru sedap!
Akhir sekali, untuk seimbangkan rasa masin, manis, dan pedas tu, saya perahkan sebiji limau kasturi. Kalau tak cukup pedas, sempat tambah cili padi lagi.
Siap! Benda ni, kalau ratah macam tu sahaja pun OK. Manis dan pedas. Ada rasa lemak dari bawang putih yang kita goreng tadi, dan gurih ikan bilis. Makan dengan nasi pun OK!
Close up! Bolehlah cuba kalau nak tahu rasanya. Jangan lupa follow FB Kamarul Ariffin Nor Sadan untuk ikuti resepi-resepi bergambar yang lain. Boleh juga cari 60 resepi sebelum ni guna hashtag#DapurKAN.

Share.

Leave A Reply