Agihan Bubur Lambuk Ubat ‘Kerinduan’ | Bulan Ramadan kian menjelma, tidak dinafikan ramai orang pastinya merindui suasana bulan Ramadan sebelum hadirnya pandemik Covid-19.  Bagi peminat tegar bubur lambuk, pastinya mereka sangat merindui suasana berbuka puasa dengan makanan kesukaan mereka pada bulan Ramadan iaitu bubur lambuk.

Agihan Bubur Lambuk Ubat 'Kerinduan'

Kuala Lumpur : Kali ini, umat Islam akan menyambut Ramadan dalam suasana suram tanpa majlis berbuka puasa di masjid susulan pandemik Covid-19 yang menimpa. Justeru itu, penduduk Kampung Baru di sini akan dapat menikmati keenakan juadah tradisi yang berusia lebih 100 tahun itu apabila program edarannya akan diteruskan Ramadan ini.

Tahun sebelum ini, program edaran bubur lambuk oleh Masjid Jamek Kampung Baru itu tidak dapat dilaksanakan ekoran pandemik Covid-19.

Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Mohd Khay Ibrahim berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN). Telah memberi kelulusan untuk menyedia, memasak dan mengedar bubur lambuk kepada orang ramai.

“Buat masa ini, kami hanya buat untuk pengagihan kerana berdasarkan maklumat daripada surat pekeliling Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Masih tidak membenarkan majlis berbuka puasa dilakukan di masjid,” katanya.

Beliau berkata, pada tahun ini pihak masjid membelanjakan lebih RM200,000 yang diterima daripada sumbangan orang ramai bagi penyediaan hidangan terbabit.

“Kami akan memasak minimum 15 periuk setiap hari sepanjang Ramadan ini, yang dijalankan secara bergotong-royong membabitkan hampir 30 kariah masjid.

“Biasanya, untuk satu periuk kami peroleh hingga 190 bungkus bubur lambuk dan kami akan menggunakan 15 kilogram beras (kg), enam kg daging, enam kg  santan, satu kg udang kering serta campuran rempah ratus,” katanya.

Menceritakan tentang keenakan bubur lambuk Kampung Baru, Mohd Khay berkata, tiada rahsia tertentu dalam penyediaannya.

Mereka malah menyediakan resepi bubur lambuk tersebut menggunakan resepi turun temurun. Dan tidak pernah merahsiakan sebarang bahan yang digunakan atau mengurangkan serta menambah ramuan. Katanya mungkin keberkatan bersedekah kepada orang ramai yang membuatkan bubur lambuk itu rasa sedap.

Pada masa yang sama, Mohd Khay yakin masyarakat boleh mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sepanjang proses pengagihan dilaksanakan nanti.

“Buat masa ini, kami hanya buat untuk pengagihan kerana berdasarkan maklumat daripada surat pekeliling Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Masih tidak membenarkan majlis berbuka puasa dilakukan di masjid,” katanya.

Sumber : Harian Metro 

 

 

Share.

Leave A Reply