Kehebatan Bismillah yang diucapkan dari seorang beragama Islam akan mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah S.W.T dalam melakukan sesuatu perkara.

Mendahulukan sesuatu itu dengan membaca Bismillah’ (Bismillahirrahmanirrahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan dan memiliki fadhilat yang sangat besar.

Oleh kerana itu, orang Muslim sangat digalakkan menyebut bismillah saat memulakan sesuatu perkara untuk dipermudahkan segala urusan yang dilakukan.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Aniz Adura Abdul Majid berkongsi satu pengalaman beliau tentang kehebatan Bismillah ketika berada di Mekah.

Berikut merupakan cerita yang telah diceritakan oleh beliau di laman Facebook Group Umrah.

“Saya ingin berkongsi pengalaman pada satu malam di Mekah.

Saya ‘kehabisan’ riyal untuk berbelanja, jadi saya pun beratur panjang menunggu giliran untuk mengeluarkan ‘riyal’ daripada ATM Al- Rajhi bank yang terletak di bangunan berhadapan Masjidil Haram.

“Lama juga tunggu giliran. Bila sampai time saya masukkan card. Terus tertera di skrin ‘OUT OF SERVICE’ . Alahai.. barisan orang beratur di mesin sebelah juga boleh tahan panjangnya.

“Mengelabah juga saya mana nak dapatkan riyal tanpa perlu beratur panjang lagi. Saya pun pandang belakang bagi signal tunjuk skrin ‘OUT OF SERVICE’ dengan muka frust dan sedih saya kat Pak Arab yang beratur di belakang saya.

“Saya assume dia Pak Arab yang berusia lewat 30an berdasarkan wajah & pemakaian dia yang memakai gutra lilit kepala.

“Terus saya berlalu.. tapi Pak Arab tu panggil saya. “Ya Jamila.. come here, come here’. Dia panggil saya datang kembali ke ATM yang tertera perkataan “Out Of Service”.

“Sesuka hati je kau panggil aku Jamila. Tapi kaki ini terus mengikut pergi balik ke ATM tersebut. Dia bagi signal suruh masukkan kad ATM balik semula.

“Hati berkata “Apada Pak Arab nie. Tak tau ke kat skrin tulis ‘OUT OF SERVICE'” Rasa macam mustahil tapi entah mengapa kita ikut pulak cakap dia.😅

“Teragak-agak nak masukkan card ke dalam mesin ATM tersebut tapi Pak Arab tu bagi sokongan sign language dengan muka confident sambil suruh cakap Bismillah, Bismillah.

“Akhirnya ku turutkan juga. “Bismillahirahmanirahim”.

Ya Allah. Miracle.. Bila baca bismillah saja, card boleh masuk dan skrin di mesin ATM yang tertera perkataan ‘OUT OF SERVICE’ boleh kembali normal.

“Kami macam ayam itik bagi signal. Setiap kali nak tekan button kat ATM Pak Arab tu suruh baca bismillah🤣.

“Yang kelakarnya kita pun ikut cakap dia. Macam kita ni budak-budak tadika dia ajar kita suruh cakap bismillah.  🤣

“Tak pasti mmg selalu jadi mcm ni atau kebetulan tapi Alhamdulilah dapat keluarkan duit malam tu.

“Peringatan untuk diri sendiri. Sebelum buat apa-apa kena baca Bismillah.

“Cuma tak ingat ucap Shukran kat Pak Arab tu ke tak sebab happy dapat keluarkan Riyal.😅

“Apa-apa pun semoga Pak Arab tu dipermudahkan segala urusan dan dilimpahi rezeki kerana tolong saya.” tulisnya mengakhiri cerita pengalamannya di Mekah.

Posting tersebut mendapat perhatian orang ramai  dan menzahirkan tanda syukur kepada wanita tersebut kerana dibantu oleh lelaki Arab tersebut.

Segelintir netizen juga menceritakan pengalaman mereka juga tentang kehebatan mengucapkan Bismillah dan pengalaman dibantu oleh lelaki Arab.

Memang betol apa2 yg terjadi pada kita semasa di madinah atau mekah….semua ada lah ilmu dn pengajaran untuk kita semua…saya pun ada kisah saya sendri…mmang betol kalau kita betol2 yakin dn percaya kebesaran Allah dia pengasih dn penyang..pengalaman sya..bhagian buku lali bengkak mmang tak boleh jln..pijak pun xleh .disebabkn niat dtg untuk tunai kan fardu umrah ..sya kuatkan dri..dgan niat mintak Allah permudahkan urusan..sambil sya baca ayat2 yg perlu mintak allah elak aku dri apa perkara yg boleh mengganggu ibadah umrah ..masa tu sya lepas tawaf waji dan twaf sunahri ke2. Alhadulillah kaki sya xskit boleh berjalan walaupun xdapat jlan laju saya menangis kesyukuran Allah permudahkan dri sya..msa tu mmang sya serah sbulat2 kepada Allah mulut sya xbeheti sebut Bismilah dn Allahuakbar…

ATM machine kat AlRajhi Bank tu memang problem sikit..sy pernah gunaknnya semasa megerjakn Haji last year..org depan nak guna dia”out of service” bila time org belakang dia ok semula. Kdg2 bila nak kluar. Jumlah Wang yg byk Tak boleh pulak tp bila withdraw dlm jumlah yg kecil dia ok . pernah juga key in ok A-z withdraw tp duit Dan receipt Tak kluar..kena check dgn pegawai bank pulak..berlaku pd jemaah Hj d sana. Sabar itu separuh dari Iman..bismillah itu memang Besar fadhilatnya, amalknlah.😅

Pengalaman sy sewaktu pulang dari melontar jamratul akabah hendak ke Mina terasa lapar..kebetulan Blum lg breakfast pg tu..terlintas dfikikiran sy kek chocolate adik sy ..Dan sy bg tahu rakan sebelah “lapar”..tiba2 dtg seorg pemuda Arab sedekahkn sepinggan kek chocolate indulgence Dan manisan chocolate utk Kami sehingga boleh kongsi dengan jemaah lain.. syukur Alhamdulillah, Subhanallah. Menitis air mata saya 🤗.

“Alhamdulillah awak. Jamilah tu membawa maksud wanita yg cantik tau 🥰🥰🥰🥰🥰. . Bila baca kisah awak, saya pun pernah alami. Cuba² buat sesuatu tak dpt tapi bila dah hampir putus asa, yakin pertolongan Allah, bismillah & selawat. Alhamdulillah Allah bantu.

“Alhamdulliah… setiap insan yg menjejakkan kaki di tanah haram, pasti ada cerita yg tersendiri. Bagaimana Allah tunjuk kan kehebatan nya…Allahu Akbar..

Sumber : Group Umrah

 

Share.

Leave A Reply