JOHOR BAHRU, 14 Jan (Bernama) — Polis menahan dua lelaki dipercayai mengganggu dua wanita sedang menaiki motosikal di Jalan Skudai, Pantai Lido di sini seperti dalam rakaman video yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata berdasarkan siasatan, video kejadian itu dirakam pada 9.42 malam, Rabu lepas.

Beliau berkata dua lelaki berusia lingkungan 20-an yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y16Z dari arah Skudai menghala ke Johor Bahru itu telah mengganggu kedua-dua mangsa sehingga menimbulkan perasaan takut dan trauma.

“Bagaimanapun, dalam kejadian tersebut tiada sebarang kecederaan dialami mangsa. Kedua-dua lelaki berkenaan berjaya dikesan dengan seorang daripadanya disaman atas kesalahan tiada lesen motosikal manakala seorang lagi tidak memakai topi keledar ketika membonceng.

“Mereka telah dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah JBS untuk tindakan lanjut. Siasatan lanjut telah dijalankan, namun tidak terkesan apa-apa perbuatan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di bandar raya ini.

Baru-baru ini tular satu rakaman video berdurasi 29 saat memaparkan dua lelaki bermotosikal mengganggu dua wanita yang sedang menaiki motosikal dan perbuatan mereka turut ditegur oleh pengguna jalan raya yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mengambil situasi ini sebagai situasi yang kelakar dan sesetengah juga berasa takut jika perkara yang sama berlaku pada mereka.

“Time ni muke mintak kesian je, tunduk tak panggung2 kepala… Walhal masa kejadian fuhhh kemain lagi ,” @Hvala Kasoki.

“Nanti satu family,,,sedara mara semua dtg nangis2 dpn balai,” @Zul Shafen.

“Apa yang mereka berdua buat tu memang salah dan saya berharap dikenakan hukuman yang setimpal. Tolong jangan kutuk warna kulit orang. Bukan semua yang berkulit gelap itu jahat dan yang kulit putih semuanya baik. As an Indian, I think everyone should stop body shaming people’s skin tone,” @Shemlah Grace.

“Teringat zaman sklh rndah balik jln kaki kena kjr dgn pakcik naik motor..mmg tkut tp sebenarnya dia menyakat haha..knangan,” @Intan Mawar Merah.

“Jaga juga anak anak kita..kekadang mereka ternakal sikit maklumlah akal blom cukup masak tau happy je,” @Jamalludin Jamladin.

Sumber: Siakap Keli

Baca Juga: Cabul Remaja Perempuan, ‘Jeriji Besi’ Menanti Seorang Penganggur

Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun apabila dia mengaku bersalah mencabul remaja perempuan dan memiliki senjata. Baca seterusnya.

KOTA BHARU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 11 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencabul remaja perempuan dan memiliki senjata di Kuala Krai pada Mac dan April lalu.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu terhadap Edry Shah Rimiey Ghani, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, tertuduh mengaku bersalah memiliki senjata berjadual di bawah Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, iaitu sebilah pisau besi pendek berhulu kayu, satu besi bewarna keemasan berlubang lima, iaitu buku lima tanpa maksud yang sah.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah kedai serbaneka di dalam Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai jam 5 petang, 29 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 7(1) (a) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan boleh dihukum mengikut seksyen 7(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lima tahun dan maksimum 10 tahun.

Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dari tarikh tertuduh ditangkap.

Bagi pertuduhan pindaan pertama kes cabul pula, dia mengaku melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun di bawah rumpunan buluh berhampiran sebatang sungai di Kuala Krai, pada jam 3 petang, 21 Mac.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply