Kat Mana Imam Masjidil Haram Solat? Tak Sangka Ini Tempat Barunya | Khalifah Media Networks  – Hampir semua jemaah haji dari pelbagai tempat di seleuruh dunia berada di Tanah Suci  Makkah untuk melakukan ibadah haji dan ke Masjidil Haram. Di Masjidil Haram, jemaah haji juga akan melakukan tawaf di Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam di seluruh dunia.

Seperti yang kita tahu, Kaabah menjadi perhatian orang Islam untuk bersolat sunat, berdoa dan mengaji. Oleh sebab itu, tiadaan keadaan yang lengang di kawasan Kaabah kerana orang ramai yang mengeilinginya.

Setiap jemaah haji menggunakan peluang ganjaran pahala yang terhidang dengan memperbanyakkan amalan sunat di sekeliling Kaabah seperti Umrah Sunat, Badal Umrah, Tawaf Sunat, Tawaf Tahiyatul Ba’it, Solat Sunat di depan Kaabah, berdoa dan melihat Kaabah.

Jemaah Haji

Selain itu, para jemaah haji juga pasti ingin megetahui dimanakah imam melakukan solatnya kerana tidak semua orang mempunyai peluang untuk melihat tempat imam melakukan solatnya.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Rashid membuat satu pertanyaan di laman Facebook Group Umrah tentang satu tempat yang kelihatan kosong ketika orang Islam sedang menunaikan solat.

May be an image of monument

Komen dari Facebook

Menjengah di ruangan komen, pelbagai jawapan yang diberikan oleh orang ramai yang pernah melihat kejadian tersebut.

“Imam solat bukan di tingkat dua. Imam solat di bahagian belakang sekali level yang sama kawasan berbumbung. Kita tak boleh berada di hadapan imam. Dulu, imam solat betul-betul berdekatan Kaabah.

“Sebab bahagian yg kosong tu depan imam. Imam berada dibelakang iaitu tempat khas imam dibahagian yangg berbumbung. Seperti yang kita tahu makmum tidak boleh berada di depan imam. Perkara ini diberitahu oleh Pembimbing haji masa saya tunaikan haji tahun 2022.

“Supaya clear dihadapan imam bila solat fardhu. Kan imam perlu di paling depan…

“Sebab imam dekat belakang. Dalam bilik imam. Tak boleh ada jemaah la di hadapan imam melainkan iman solat betul depan kaabah.

“Dikhabarkan imam solat di dlm masjid tidak seperti sebelum ini. Saay pergi dalam Disember baru-baru ini, itu lah keadaannya.

“Sebab bahagian yang kosong tu depan imam. Imam berada di belakang iaitu tempat khas imam dibahagian yg berbumbung. Seperti yang kita tahu makmum tidak boleh berada didepan imam. 

“Pernah tanya mutawif. Katanya supaya tiada yg sembahyang depan imam.

Komen-komen seterusnya…

“Saya pernah solat di tepi sekali di laluan yang dikosongkan ..Imam solat di bawah bangunan bertentangan dgn makam yamani

May be an image of 5 people and monument

“Di Mekah, Imam boleh solat di mana-mana tempat namun tempat yang ada sekarang menjadi tempat para Imam dan jemaah-jemaah yang menjadi jemputannya. Mmg begini lah keadaan nya sejak dulu2 lagi, kecuali pd bulan Ramadan. Imam akan meletak kan Sutrah di hadapan, maka jemaah-jemaah boleh lah memenuhi kawasan yang lapang tu dan tawaf seperti biasa.

“Tidak boleh berada dihadapan imam walaupun imam berada di belakang tapi jarak imam dgn kabah tidak boleh solat didepannya.. dikira membelakangi imam.. saya pun tnya pada mutawwif juga hari tu..

“Alhamdulillah.. rezeki dpt tgk tempat imam… sebelum ni mencari juga mana imam berada… imam ada bawah bumbung… tu sebab dikosongkan kawasan tu….

“Tempat imam solat.

Share.

Leave A Reply