Lelaki Warga Australia Dicekup Di Lapangan Terbang Lepas Ludah Imam | JAKARTA – Seorang warga Australia yang marah dan meludah imam sebuah masjid di Bandung akhirnya ditangkap polis di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta ketika hendak menaiki penerbangan pulang ke negaranya hari ini, lapor portal berita Tribunnews.com.

Ketua Polis Bandung, Budi Sartono berkata, suspek diberkas kurang 24 jam selepas melakukan perbuatan tersebut.

“Alhamdulillah, kami dapat bantuan ketua imigresen Soekarno Hatta. Ternyata sudah mahu berangkat ke negaranya sehingga kami berkoordinasi untuk melakukan penangguhan sementara yang bersangkutan agar dia ditahan terlebih dahulu untuk memberi keterangan,” kata Budi hari ini.

Menurutnya, tidak lama selepas video warga asing itu meludah seorang imam masjid menjadi tular, pemburuan suspek bermula pada pukul 1 pagi (waktu tempatan) tadi dan akhirnya pihak berkuasa berjaya menahannya di lapangan terbang tersebut.

Semalam Imam Masjid Al-Muhajir, M Basri Anwar di Bandung diludah pada mukanya oleh seorang warga Australia selepas dia berasa terganggu dengan bacaan ayat suci al-Quran yang dibacakan dan berkumandang melalui pembesar suara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bandung (@infobandungnews)

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Lelaki Baran, Ludah Kereta Orang Diburu Polis

Polis sedang mengesan seorang pembuli jalan raya yang meludah kenderaan seorang wanita di persimpangan Jalan Lapangan Terbang Lama menghala ke Jalan Dewan Bahasa di sini, hari ini.

Lelaki Baran, Ludah Kereta Orang Diburu Polis

Insiden dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati lelaki terbabit yang memandu sebuah PERODUA Myvi terhadap cara pemanduan mangsa yang turut memandu kenderaan jenis sama.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata lelaki berusia 20-an itu dikatakan mengekori kenderaan mangsa sebelum memotong dan memberhentikan kenderaannya secara mengejut.

Jelasnya, supek yang tidak dikenali itu kemudian turun daripada kenderaannya sambil memarahi mangsa sebelum meludah pada kenderaan mangsa.

Ujarnya, sehubungan itu, mangsa yang berusia 26 tahun tampil membuat satu laporan polis pada jam 2.30 petang tadi.

Amihizam berkata pihak polis sudah merakam keterangan mangsa dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan yang dipandunya.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian ini, justeru pihaknya perlu merakam keterangan suspek untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply