Netflix Bakal Keluarkan Siri Dokumentari Pembunuh Bersiri Penganut Kultus “Penyembah Syaitan”| Netflix dilaporkan bakal mengeluarkan siri dokumentari terbaru mengenai kisah seorang pembunuh bersiri yang terkenal suatu ketika dahulu iaitu David Berkowitz yang dikenali sebagai “Son Of Sam” dan bakal ditayangkan pada 5 Mei tahun ini.

Netflix Bakal Keluarkan Siri Dokumentari Seorang Pembunuh Bersiri Penganut Kultus "Penyembah Syaitan"

Dokumentari tersebut dikatakan merangkumi empat episod keseluruhannya mengenai kisah pembunuhan-pembunuhan yang dilakukan oleh David Berkowitz yang dipercayai merupakan seorang penganut Kultus “Penyembah Syaitan”. Dia dikatakan telah menjadi salah seorang pembunuh bersiri terkenal sekitar tahun 1970-an kerana kisah pembunuhannya ketika itu menyebabkan seluruh warga New York hidup dalam ketakutan selama beberapa bulan.

Kejahatan yang telah dilakukan oleh David Berkowitz bukan sahaja telah menjadi ilham kepada beberapa karya fiksyen yang kemudian telah dibukukan malah, kisah ini turut menjadi ilham kepada beberapa filem seperti Spike Lee “Scorching Summer”, atau siri Netflix “Mindhunter” serta turut menjadi inspirasi kepada sebuah lagu yang berjudul Talking Heads “Psycho Killer”, menurut laporan tempatan.

Siri “The Sons of Sam” dikatakan lebih kepada siri dokumentari mengenai kisah David Berkowitz, iaitu sebuah projek yang menfokuskan kepada penyelidikan yang telah dilakukan oleh wartawan Maury Terry, dimana masih memegang teori bahawa David Berkowitz ini tidak menjalankan pembunuhan itu secara bersendiri malah mempunyai rakan ‘sekerja’. Siri tersebut juga bakal membongkarkan beberapa rahsia mengenai siapa yang mungkin berkerjasama dengan pembunuh tersebut serta beberapa rahsia lain.

Netflix berkata, pengarah kepada dokumentari tersebut iaitu Joshua Zeman telah mengumpulkan semua bukti bertulis yang telah direkodkan, melakukan wawancara bersama beberapa individu yang turut terlibat dalam menyiasat kes pembunuhan tersebut serta kata-kata dan bukti yang telah dikumpulkan oleh Maury Terry bagi melakukan penceritaan bagi kes tersebut.

David Berkowitz telah mengaku bersalah di atas lapan pembunuhan yang melibatkan tembakan serta luka tikaman (menyebabkan enam kematian dan beberapa orang yang tercedera) pada tahun 1977 di New York. Dia kini telah berusia 67 tahun dan masih tinggal di penjara selepas dia perlu menjalani hukuman penjara sehingga akhir riwayatnya menurut laporan media tempatan.

Semasa perbicaraan, dia telah mengaku bahawa pembunuhan tersebut merupakan sebahagian dari kultus “Penyembah Syaitan”, dan tiada lagi orang yang turut didakwa atas kesalahan tersebut.

Sumber: The Courier

Share.

Leave A Reply