Tular Wanita Kongsi Resipi Sambal Telur, Rupanya Resipi Inspirasi Dari Arwah Siti Sarah | Siapa sahaja yang tidak kenal dan sedih atas pemergian Arwah Siti Sarah, penyanyi terkenal yang sangat Legend. Beliau sangat baik dan sangat rajin untuk kongsikan resepi-resepi masakan beliau. Tak kedekut ilmu!

Tular Wanita Kongsi Resipi Sambal Telur, Rupanya Resipi Inspirasi Dari Arwah Siti Sarah

Jadi, seorang pengguna Facebook ini telah kongsikan dan cuba memasak resepi daripada Siti Sarah iaitu Sambal Telur. Memang betul nampak menyelerakan tau! Kalau anda belum pernah cuba, jom cuba. Sambil-sambil cuba tu jangan lupa untuk selitkan doa buat Arwah Siti Sarah.

Al-fatihah.

Terima kasih Puan Ameera untuk perkongsian resipi Sambal Telur Daripada Siti Sarah ini.

Bahan-bahan:

Bawang merah besar 1 biji

Bawang merah kecil 3 biji

Bawang putih 4 ulas

Belacan secukupnya

*Tumbuk kesemua bahan di atas.

Telur

Cili Boh/ Cili Kering Kasar

2pcs Asam keping

Gula Kabung

Garam secukupnya

Bawang merah (akhir sekali)

May be an image of food

Cara memasak:

Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi.

https://scontent.fpen1-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/233580421_988192738425456_4934560387558014296_n.jpg?_nc_cat=102&ccb=1-5&_nc_sid=b9115d&_nc_ohc=_DldqYyUobwAX9nBpWE&_nc_ht=scontent.fpen1-1.fna&oh=c9e73eaeeeea21024e87720fc5cbaefb&oe=61A42987

Kemudian masukkan cili boh atau cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak.

*kalau cili terkurang, letak lebih sikit. Jangan bagi sambal kita pucat lesi.

May be an image of food

Letak asam keping, supaya dia ada rasa masam masam.

May be an image of food

Selepas itu, masukkan gula kabung.

May be an image of food and indoor

Masukkan garam secukupnya. Kalau guna cili boh, perlu letak Air selepas ini. Kalau guna cili kisar tak perlu sebab sudah ada air.

May be an image of food

Kemudian, masukkan telur. Jangan dikacau-kacau telur, nanti dia pecah.

May be an image of food and indoor

Tutupkan kuali dengan penutupnya untuk bagi telur masak.

No photo description available.

Masukkan bawang merah.

May be an image of food

Ok dah siap masak. Inilah sambal telur, makan dengan nasi panas panas.

May be an image of food

Sumber : iCookAsia, Ameera

 

 

Share.

Leave A Reply