Resepi Cara Buat Cheezy Corndog

| December 14, 2019 | 1 Comment

Resepi Cara Buat Cheezy Corndog|Hari ni kami nak kongsikan resepi cara buat Cheezy Corndog dengan menggunakan beberapa bahan mudah untuk buat Cheezy Corndog. Resepi Cheezy Corndog yang dibaluti dengan cheese di dalamnya akan membuatkan anda rasa terliur untuk mencuba. Kalau anda masih tidak tahu cara-cara untuk membuatnya, jom kita tengok resepi cara buat Cheezy Corndog daripada khairulaming ni.

Bahan-Bahan Buat Cheezy Corndog:

  • 3 sosej yang telah direbus
  • 6 keping keju
  • Lidi secukupnya
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • Garam dan lada hitam
  • 1 sudu tepung penaik

Cara-cara Memasak Cheezy Corndog:

  1. Balutkan sosej dengan dua keping keju.
  2. Kemudian, cucukkan setiap sosej tadi dengan lidi.
  3. Selepas itu, sejukkan sosej di dalam freezer selama 20 minit.
  4. Untuk membuat adunan tepung, masukkan 2 cawan tepung gandum bersama 2 biji telur, garam, lada hitam, 1 sudu tepung penaik dan 1 ½ cawan susu segar. Kacau sehingga sebati adunan tersebut
  5. Setelah itu, celupkan sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung.
  6. Panaskan minyak masak dan goreng sosej sehingga warna keperangan.
  7. Hidangkan sosej yang telah siap goreng bersama sos cili dan mayonis di atasnya dan selamat menjamu selera.

Simple sahaja bahan-bahan yang diperlukan untuk Resepi Cara Buat Cheezy Corndog ni. Kalau nak lebih faham cara membuat resepi ni, boleh tengok video yang telah kami sediakan dekat bawah ni. Selamat mencuba.

Video Cara Buat Cheezy Corndog:

 

View this post on Instagram

 

Cheezy Corndog 🌭 . . Tapi resepi ni takde cornmill…so x sama dengan original corndog. But still sedappp . . Bahan2 (Ingredients) . ⏩3 sosej yg di rebus (3 boiled hot dog) ⏩6 keping keju (6 slices of cheese) ⏩Lidi secukupnya (wooden skewers) ⏩2 cwn tepung gandum (2 cups all purpose flour) ⏩2 biji telur (2 eggs) ⏩Garam dan lada hitam (Salt & Black Pepper) ⏩1 sudu tepung penaik (1 tbsp baking powder) ⏩1 1/2 cawan susu segar (1 1/2 cup fresh milk) Note : once hot dogs are wrapped with cheese, let them rest in freezer for 20 minutes before coating with flour mix. #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #foodporn #healthy #drink #2018 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #dapurlonely #lapar #makan #rasapop #potato #corndog #hotdog

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *