Resepi Puding Trifle Mudah Buat

| December 15, 2019 | 0 Comments

Resepi Puding Trifle Mudah Buat | Hai, Assalamualaikum semua. Kami nak tanya sikit. Korang dah bosan ke dengan resepi puding roti kastard sebelum ni? Kalau sudah bosan, apa kata korang cuba pula resepi puding yang kami nak kongsikan ni iaitu, puding trifle. Resepi puding trifle daripada khairulaming yang memang mudah untuk dibuat. Jom lihat bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 kek gulung swiss
  • 1 tin buah cocktail
  • 1.2 liter air
  • 10g serbuk agar-agar merah

Cara-cara Buat Resepi Puding Trifle:

  1. Untuk sos kastard, masukkan 3 cawan air ke dalam periuk.
  2. Campurkan dengan 1 tin susu cair.
  3. Tambah ½ cawan gula dan 1 cawan tepung kastad.
  4. Kacau kesemua bahan hingga larut.
  5. Kemudian buka api sederhana kecil dan masak hingga pekat.
  6. Ambil 1 tin buah cocktail dan asingkan air dengan buahnya.
  7. Setelah itu, ambil satu kek gulung swiss  dan potong.
  8. Susun kek gulung swiss yang dipotong ke dalam bekas dan mampatkan.
  9. Setelah disusun, curahkan air buah cocktail di atas kek gulung swiss tersebut.
  10. Tuangkan sos kastard tadi diatasnya dan biarkan hingga sejuk.
  11. Sementara menunggu, masak 1.2 liter air di dalam periuk panas.
  12. Masukkan 10g serbuk agar-agar merah dan kacau.
  13. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk.
  14. Taburkan buah cocktail ke atas sos kastard tadi.
  15. Kemudian tuang agar-agar merah tadi.
  16. Simpan dalam peti ais dalam anggaran 2 jam.
  17. Keluarkan dari peti ais dan potong.

Siap sudah resepi puding trifle ni. Resepi puding trifle ni mudah saja buat kan. Bolehlah hidangkan untuk keluarga tersayang. Puding ni bila makan ramai-ramai baru rasa keseronokan dan keenakannya. Okaylah selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Kami sediakan video di bawah untuk korang sebagai rujukan.

Video Cara Buat Resepi Puding Trifle:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *