Resepi Roti Sangkaya Home Made| Peminat Roti Sangkaya wajib cuba Resepi Roti Sangkaya Home Made ni. Min pun minat juga dengan Roti Sangkaya. Setiap kali masuk jer Boat Noodle mesti takkan lupa untuk order sekali Roti Sangkaya ni. Dia punya kaya tu memang akan buat kita rasa tak puas makan satu mangkuk tu kan? Jadi hari ni min nak kongsikan kepada anda peminat Roti Sangkaya ini untuk cuba buat Resepi Roti Sangkaya Home Made daripada khairulaming.

Bahan-Bahan Buat Roti Sangkaya Home Made:

  • 6 helai daun pandan saiz kecil
  • ยฝ cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 susu gula melaka
  • 2 sudu gula putih
  • ยพ kotak santan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Garam
  • 1 sudu tepung jagung
  • Roti

Cara-Cara Memasak Roti Sangkaya Home Made:

  1. Blendkan 6 helai daun pandan yang telah dipotong kecil bersama ยฝ cawan air
  2. Kemudian, tapiskan air pandan tadi (ambil air pandan sahaja)
  3. Masukkan 1 biji telur bersama dengan 1 sudu gula melaka, 2 sudu gula putih dan ยพ kotak santan. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan sedikit pewarna hijau, garam sedikit dan 1 sudu tepung jagung. Kacau lagi sehingga sebati.
  5. Setelah itu, masukkan bahan yang telah disediakan ke dalam periuk. Pastikan api perlahan
  6. Kacau bahan-bahan tadi sehingga menjadi likat.
  7. Kemudian, hidangkan Sangkaya tadi bersama dengan susu cair dan roti.
  8. Ummmphhh, dah pun siap. Selamat menjamu selera.

Mudah sahaja nak buat Resepi Roti Sangkaya Home Made ni. Buat sendiri lagi puas hati kan. Buat minum petang anda semua. Roti cicah dengan sangkaya memang ummmphhh rasanya. Anda yang nak cuba buat Resepi Roti Sangkaya Home Made ni bolehlah tengok video masakan daripada khairulaming di bawah ni. Selamat mencuba.

Video Memasak:

 

View this post on Instagram

 

Roti Sangkaya . . Bahan2/Ingredients: ๐ŸŒ•6 daun pandan saiz kecil (6 small size pandan leaves) ๐ŸŒ•1/2 cawan air (1/2 cup water) ๐ŸŒ• 1 biji telur (1 egg) ๐ŸŒ•1 sudu gula melaka (1 tbsp palm sugar) ๐ŸŒ•2 sudu gula putih (2 tbsp sugar) ๐ŸŒ•3/4 kotak kecil santan (3/4 small box coconut milk) ๐ŸŒ• Pewarna hijau (Green food colouring) ๐ŸŒ• Garam (Salt) ๐ŸŒ•1 sudu tepung jagung (1 tbsp corn starch) . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #rotisangkaya #sangkaya #bread #dessert

A post shared by Khairulaming๐ŸŒฟ (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Share.

Leave A Reply