“Tinggal Saya Seorang, Saya Sedih”. Tun Mahathir Luah Rasa Sedih.

| November 18, 2020 | 0 Comments

“Tinggal Saya Seorang, Saya Sedih”. Tun Mahathir Luah Rasa Sedih. | “TINGGAL saya seorang. Saya sedih.

“Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian.”

Itu luahan rasa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di blog rasminya chedet.cc hari ini.

Dalam posting terkini itu, beliau meluahkan rasa kesunyian selepas rakan-rakannya meninggal dunia.

“Khalid Julong meninggal pada 18 November 2020.

“Dengan pemergiannya maka tamatlah satu generasi pejuang Melayu.

“Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain sudah tidak ada,” tulisnya lagi.

Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau dan Khalid bersama selepas tamat perang dunia.

“Kami berkenalan dan berdamping dalam arena politik apabila tamat sahaja perang Dunia Kedua.

“Kami berada dalam Saberkas, sekumpulan anak Melayu yang memiliki kesedaran akan bangsanya,” tulisnya.

Menurutnya, British merancang merampas negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan.

“Malayan Union akan tamatkan kewujudan orang Melayu dengan Tanah Melayu mereka,” tulisnya lagi.

Mengakhiri penulisannya, beliau mendoakan semoga roh Allahyarham Khalid dirahmati Allah SWT.

Sumber : Astro Awani

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *