Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

TNB Bantu Lebih 1,900 Komuniti Terputus Bekalan Makanan | Ketika negara sedang dilanda pandemik Covid-19, pastinya kita tahu ramai diantara rakyat di negara ini yang terjejas bekalan makanannya akibat kekurangan dari segi kewangan. Hal ini kerana, mereka kehilangan punca pendapatan serta tidak boleh bekerja ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

TNB Bantu Lebih 1,900 Komuniti Terputus Bekalan Makanan

Baru-baru ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikatakan telah membantu lebih 1,900 orang di seluruh Semenanjung termasuk fakir miskin, asnaf, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) warga emas serta mereka yang kehilangan sumber pendapatan menerusi Tabung Warga TNB Prihatin (WTP).

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sumbangan yang bernilai lebih RM1.13 juta itu adalah hasil daripada kutipan WTP yang sehingga kini telah mencecah RM1.57 juta selepas dilancarkan pada 9 Jun lalu.

Beliau berkata, selain sumbangan itu, TNB juga telah menyalurkan bantuan kepada lebih 10,000 penerima daripada golongan B40 menerusi peruntukan sejumlah hampir RM9.5 juta bagi membiayai pembinaan semula dan membaiki rumah, mengagih barangan keperluan asas serta wang saku pada awal tahun ini.

“Usaha murni warga kerja kami ini mencerminkan pengertian mendalam aspek nilai keprihatinan TNB dan menyokong program tanggungjawab syarikat bagi membantu komuniti sekitar.

“Semangat berkongsi rezeki ini juga diperlukan dari semua pihak dalam suasana wabak korona yang masih belum reda kerana semakin ramai yang memerlukan bantuan akibat pandemik Covid-19 yang berterusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mahdzir berkata, beliau yakin sumbangan itu cukup memberi makna kepada penerima dan berharap agar ia menjadi titik tolak untuk lebih ramai lagi turut serta menghulurkan bantuan yang serupa.

Tambah beliau, selain syarikat, warga kerja TNB menerusi pelbagai cawangan persatuan dan kelab dalam TNB turut memberikan sumbangan kepada komuniti serta masyarakat yang memerlukan.

“Sebagai contoh, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB, Persatuan Wanita TNB (Pelitawanis TNB) dan Kelab Kilat TNB telah menyerahkan bungkusan makanan bernilai lebih RM320,000 sehingga kini.

“Pada peringkat cawangan pula, warga kerja TNB Kluang, Johor telah menyalurkan kira-kira 376 bungkusan barangan keperluan menerusi projek Gerobok Rezeki Staf TNB Kluang,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply