Tragedi Banten. Luahan Penyanyi Seventeen Buat Isterinya Yang Hilang Buat Ramai SAYU | Hari ni kita digemparkan dengan tragedi ombak besar Selat Sunda yang telah mengorbankan lebih 50 orang. Ini luahan penyanyi kumpulan Seventeen, Ifan yang kehilangan isteri dalam tragedi tersebut. Allahu sayunya.

CEPAT PULANG SAYANG

‘Hari ini kamu ulang tahun, aku mau ucapin langsung, cepet pulang sayang.’ (Hari ini ulang tahun kelahiran kamu, aku mahu mengucapkannya di hadapan kamu, cepat pulang sayang).

Tragedi Selat Sunda. Luahan Penyanyi Seventeen Buat Isterinya Yang Hilang Buat Ramai SAYU

Rintihan Ifan, vokalis kumpulan pop rock Indonesia, Seventeen yang kehilangan isteri tersayang, Dylan Sahara dalam kejadian tsunami di pantai Carita di Wilayah Banten, malam tadi, pantas mengundang simpati pengikut di Instagram.

Dimuat naik kira-kira dua jam lalu, Ifan yang terselamat dalam kejadian itu meluahkan kebimbangannya terhadap Dylan yang kebetulan menyambut ulang tahun kelahirannya, hari ini.

Mengiring kapsyen, foto hitam putih yang menampakkan Ifan mengucup isterinya di lokasi berhampiran menara Eiffel Tower di Paris, Perancis, menyentuh hati peminat.

Mengikut laporan terkini laman Kompas.com kira-kira sejam lalu, Dylan masih belum ditemui.

Laporan itu juga menyebut maklumat awal yang diperoleh kononnya Dylan dijumpai di sebuah klinik di wilayah itu adalah tidak benar.

Ifan atau nama sebenarnya, Riefian Fajarsyah ketika ini mempunyai lebih 350,000 pengikut Instagram.

Kira-kira 11 jam lalu, Ifan memuat naik rakaman video yang antara lain menceritakan kejadian menimpa dirinya dan anggota band ketika membuat persembahan di pantai Carita.

Tragedi Selat Sunda. Luahan Penyanyi Seventeen Buat Isterinya Yang Hilang Buat Ramai SAYU

Semakan BH Online mendapati video yang dimuat naik di Instagram itu ditonton lebih 3.6 juta kali dengan lebih 18,000 pengikut melayangkan komen, sehingga jam 8.30 malam tadi.

Antara lain, Ifan yang tampak keletihan dan menangis, memohon peminat berdoa agar anggota bandnya yang masih hilang termasuk isteri selamat.

Dilaporkan anggota Seventeen, Herman Sikumbang atau Herman yang bermain gitar; M Awal Purbani atau Bani (bass) dan pengurus konsert, Oki Wijaya terkorban dalam kejadian itu.

Ketika ini, pemain dram, Andi dan Dylan masih belum ditemui.

Ditubuhkan sejak 1999, Seventeen sudah merakamkan beberapa album seperti Bintang Terpilih yang dilancarkan pada 1999; Sweet Seventeen (2005); Lelaki Hebat (2008); Dunia Yang Indah (2011); Sang Juara (2013) dan Pantang Mundur (2016).

Sumber: Berita Harian

TIADA RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit setakat ini dalam kejadian tsunami di kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara pulau Sumatera dan Jawa, Indonesia.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, dalam satu kenyataan, memaklumkan ia akan terus memantau kejadian tsunami di Banten, Jawa dan Lampung, Sumatera itu dengan rapi dan memberikan maklumat sewajarnya berhubung insiden itu.

“Rakyat Malaysia yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pegawai Bertugas di talian +62 813 80813036 ,” menurut kenyataan itu.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan bahawa kejadian gelombang dan ombak besar yang berlaku di pesisiran pantai Lampung Selatan, Sumatera dan Pandeglang, Serang dan Cilegon di Banten, Jawa kira-kira jam 9.20 malam tadi itu (waktu tempatan) adalah gelombang tsunami.

“Kejadian tsunami dipercayai disebabkan oleh tanah runtuh dalam laut susulan letusan gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda.

“Gunung berapi ini mengalami letusan kecil sejak kebelakangan ini. Tsunami ini menyebabkan sekurang-kurangnya 43 kematian dan hampir 500 mangsa cedera. Sehingga kini, tiada laporan diterima mengenai rakyat Malaysia terbabit dengan kejadian ini,” katanya.

Share.

Leave A Reply