Tragedi Tanjung Balau. “Macam Ada Tarik Ain” Luahan Hati Bapa. Allahu. | Hari ni negara gempar lagi dengan kehilangan seorang budak 9 tahun. Bapa beritahu wartawan macam ada “sesuatu” tarik Ain, anaknya yang masih hilang. Semoga dipermudahkan segala urusan. Baca selanjutnya.

BAPA – MACAM ADA TARIK AIN

“Di celah-celah batu itu dia (abangnya) nampak macam ada orang yang tarik Ain,” kata Sajali Nin, 48, bapa kepada kanak-kanak perempuan, Nurul Ain, 8, dikhuatiri lemas ketika bermain air dalam tragedi di Pantai Tanjung Balau di sini, petang tadi.

Tragedi Tanjung Balau. "Macam Ada Tarik Ain" Luahan Hati Bapa. Allahu.

Sajali berkata, anaknya itu pada awalnya bermain pasir bersama anak sulungnya, Fazli Sajali, 14, dan sepupu, Puteri Amelia Zulaika Abdullah, 9, sebelum bersama-sama ingin mandi di kawasan batu berhampiran tepi pantai itu.

“Saya bersama isteri, Nur In Sazali, 41, dengan tiga orang anak kami datang beriadah bersama sebuah keluarga rapat kami. Kami bertolak dari kediaman di Sungai Masai, Pasir Gudang, kira-kira jam 12 tengah hari untuk bercuti sempena musim cuti persekolahan.

“Ketika kejadian, isteri saya sedang mandi di kawasan berhampiran. Saya pula menjaga anak bongsu kami, Mohd Khairul Sajali, 6, di pondok berhampiran pantai.

“Secara tiba-tiba, Abang (anak sulung) lari ke arah saya dan mengatakan Ain macam kena tarik. Di celah-celah batu itu dia nampak macam ada orang yang tarik Ain,” katanya ketika ditemui di Pantai Tanjung Balau di sini, hari ini.

Sajali, yang berasal dari Sabah dan bekerja sebagai kontraktor itu berkata anak sulungnya sempat menyelamatkan diri ketika berada di pantai berkenaan, namun anak saudaranya hampir lemas tetapi sempat diselamatkan orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Saya kelam kabut mencari… saya pusing di sana sini macam tidak percaya yang anak saya hilang. Orang terlalu ramai, mereka turut sama mencari anak saya.

“Kira-kira setengah jam mencari tetapi tidak juga ditemui, saya mendapatkan bantuan orang awam untuk menelefon pihak bomba kerana saya tidak tahu nombor yang perlu dihubungi.

“Saya tidak puas hati, saya tetap mencarinya juga sungguhpun bomba sedang menjalankan kerja menyelamat.

“Hati saya rasa berat. Saya sangat berharap Ain jumpa walau dalam keadaan apa pun. Ain satu-satunya anak perempuan saya… tolong ketemukannya dengan saya,” katanya.

Sajali berkata, Ain yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Masai, Pasir Gudang, digambarkan sebagai seorang anak yang mendengar kata, selain ceria dan rajin menolong ibunya masak di dapur.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail, berkata mangsa dipercayai hilang ketika bermain air dengan dua beradiknya di kawasan batu berhampiran tepi pantai, di sini, sebelum ditarik arus dasar laut.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.03 petang tadi yang memaklumkan insiden berkenaan, sebelum menggerakkan 11 anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera, Toyota Hilux dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, mangsa masih belum ditemui, selain pihak bomba akan meneruskan gerakan mencari dan menyelamat sehingga ditemui sebelum menamatkan operasi.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply